Penutupan ruang umum HDB 'mungkin tegas, tetapi diperlukan': Faishal Ibrahim
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Ooi Boon Keong/TODAY
SINGAPURA: Keputusan untuk mengepung ruang umum di estet perumahan mungkin kelihatan tegas tetapi ia diperlukan demi mengimbangi kepentingan semua penduduk.
Demikian menurut Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim pada Selasa (9 Jan).
Prof Madya Faishal, yang merupakan Menteri Negara Pembangunan Negara, berkata di Parlimen bahawa tindakan campur tangan sedemikian oleh majlis bandaran dan agensi-agensi tertentu, tidak dipandang remeh.
Usaha penting sudah dilaksanakan untuk berkomunikasi dengan pihak yang terjejas bagi mewujudkan huraian saling menguntungkan, katanya.
"Ada ketikanya, sekalipun terdapat usaha-usaha yang dilaksanakan untuk menyatukan pihak-pihak bagi menyelesaikan isu-isu secara baik, adakalanya terdapat pihak yang mungkin enggan berkompromi.
"Dalam kes sedemikian, majlis bandaran dan agensi-agensi tertentu tidak mempunyai pilihan tetapi untuk bercampur tangan secara langsung demi memastikan sekitaran hidup yang selesa untuk semua," katanya.
Profesor Madya Faishal berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) Dr Syed Harun Alhabsyi berhubung usul penangguhan mengenai memupuk perpaduan sosial melalui ruang umum di estet-estet Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).
Dalam ucapannya pada Selasa, Dr Syed menggesa agar pihak berkuasa mempertimbangkan secara menyeluruh kesan penutupan ruang umum terhadap perpaduan sosial.
Isu tersebut dibangkitkan selepas khabar mengenai sebuah kolong blok di Woodlands Ring Road dikepung semata-mata untuk menghalang kanak-kanak daripada bermain bola sepak serta sebuah gelanggang bola keranjang di estet Bedok North yang juga ditutup disebabkan aduan para penduduk mengenai bunyi bising.

Berhubung isu penutupan gelanggang bola keranjang itu, Mediacorp difahamkan bahawa beberapa aduan yang menyebabkan keputusan penutupan gelanggang itu dibuat, termasuk mengenai beberapa pemain yang tidak tinggal di kawasan itu yang mengotorkan tempat tersebut serta didapati buang air kecil di tempat awam.
Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.