Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penutupan Pusat Borong Pasir Panjang: Pemborong berebut jual lebihan stok

Pemborong berebut-rebut untuk menjual lebihan stok buah-buahan dan sayur selepas Pusat Borong Pasir Panjang mula ditutup hari ini (27 Sep) akibat penularan COVID-19.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Sep 2021 08:23PM Dikemas Kini : 27 Sep 2021 10:36PM

SINGAPURA: Pemborong berebut-rebut untuk menjual lebihan stok buah-buahan dan sayur selepas Pusat Borong Pasir Panjang mula ditutup hari ini (27 Sep) akibat penularan COVID-19.

Pusat borong itu mengendalikan sekitar 30 peratus bekalan buah yang diimport dan separuh daripada import sayur ke Singapura.

Pusat Borong Pasir Panjang akan ditutup selama tiga hari.

Sementara itu, pengendali pasar raya memberi jaminan kepada pelanggan bahawa bekalan buah-buahan dan sayur mencukupi.

NTUC Fairprice menyatakan saluran-saluran bekalannya kekal kukuh dan terdapat stok mencukupi bagi masyarakat.

Rangkaian pasar raya itu juga mengingatkan pelanggan supaya membeli hanya apa yang perlu.

DFI Group yang mengendalikan pasar raya Cold Storage dan Giant Singapore menyatakan,penutupan Pusat Borong Pasir Panjang hanya membawa kesan minimal.

Menurut DFI, kedai-kedainya mempunyai stok mencukupi kerana sumber bekalannya pelbagai.

Sheng Siong pula menyatakan kakitangannya bekerja keras untuk memastikan stok di kesemua kedainya mencukupi dengan penghantaran sayur dan buah-buahan segar yang tepat pada waktunya.

Sumber : CNA/ZK/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan