Penutupan Pelabuhan Baltimore tidak beri kesan besar kepada import Amerika ke SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para pemerhati pasaran mengatakan, penutupan Pelabuhan Baltimore tidak akan memberi kesan besar kepada import Amerika Syarikat ke Singapura dan harganya.
Ini kerana kelengahan yang berlaku lebih melibatkan penghantaran produk seperti komoditi serta kereta dan bahagian kereta, dan bukan isu rantaian bekalan.
Pelabuhan Baltimore kini ditutup menyusuli runtuhnya Jambatan Francis Scott Key setelah dilanggar kapal kontena berdaftar Singapura dua hari lalu.

Insiden tersebut menyekat akses kepada salah satu pelabuhan paling sibuk dan penting di Amerika Syarikat.
Akibatnya, syarikat-syarikat perkapalan terpaksa mengalihkan semula dan menukar perjalanan kargo masing-masing dari Baltimore ke pelabuhan lain yang berhampiran.
Para penganalisis berkata, pelabuhan lain mungkin mengambil masa sehingga tiga bulan bagi menyesuaikan diri dengan peningkatan kapasiti.
Sekiranya pelabuhan lain gagal menampungnya, ia boleh menjejas pula eksport produk lain ke Asia, seperti petroleum.
Sebilangan syarikat perkhidmatan kenderaan memberitahu Mediacorp, buat masa ini tiada kelengahan dalam import kereta atau bahagian kereta Amerika ke Singapura.
Pembekal rasmi kereta jenama Amerika seperti Chevrolet, Ford dan Jeep di Singapura juga menyatakan, kesannya adalah minimum.

Sumber : CNA/NY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.