Penutupan Lapangan Terbang Heathrow: Penumpang di SG mahu ubah, batal rancangan perjalanan
Anggaran Waktu Membaca:

Penumpang penerbangan SQ308 di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada 21 Mac 2025. (Gambar: CNA/Raydza Rahman)
SINGAPURA: Para penumpang yang menuju ke London dari Singapura tidak pasti mengenai rancangan perjalanan mereka menyusuli penutupan Lapangan Terbang Heathrow, dengan sebilangan daripada mereka bahkan, membatalkan perjalanan masing-masing.
Antara mereka yang paling teruk terjejas akibat gangguan penerbangan yang disebabkan oleh penutupan lapangan terbang tersebut adalah penumpang penerbangan Singapore Airlines (SIA) SQ308, yang sedang menuju ke Heathrow dari Singapura pada Jumaat (21 Mac) yang tetapi terpaksa berpatah balik sebelum mendarat di Lapangan Terbang Changi.

Menurut data daripada khidmat penjejakan penerbangan online Flightradar24, penerbangan tersebut berlepas pada kira-kira pukul 9.42 pagi dan berpatah balik di pesisiran Bangladesh sebelum mendarat kira-kira pukul 4.23 petang.
Apabila Mediacorp tiba di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi pada pukul 4.40 petang, kakitangan lapangan terbang itu telah menyediakan troli yang dipenuhi dengan air khususnya bagi penumpang tersebut. Para penumpang mula turun pesawat kira-kira 10 minit kemudian.
Dua rakyat Singapura yang berada dalam penerbangan tersebut, Sylvester Fedor, 40 tahun dan Emily Seow, 35 tahun, memutuskan untuk membatalkan percutian mereka di Eropah selama 12 hari disebabkan oleh gangguan itu.
Mereka sepatutnya melakukan beberapa persinggahan semasa bercuti di London, termasuk di Florence dan Rome di Itali.
Mereka memberitahu Mediacorp bahawa meskipun rakyat asing yang berada dalam penerbangan tersebut diberikan bilik hotel untuk menginap, rakyat Singapura yang mempunyai rumah di sini tidak diberikan tempat penginapan yang sama.
"Kami diberitahu supaya pulang ke rumah dan menantikan emel dalam masa 24 jam, yang sebenarnya saya fikir agak menjengkelkan bagi kami," kata Encik Fedor, yang bekerja dalam bidang pembangunan perniagaan.
Beliau menambah bahawa ia amat menyulitkan untuk menempah semula segala-galanya, kerana keseluruhan jadual perjalanannya sudah terjejas. Beliau sebaliknya, ingin membuat rancangan perjalanan alternatif dan menuntut perbelanjaannya yang sudah dibuat, melalui insurans perjalanan.
"Kami akan pulang ke rumah dan mengeluarkan pakaian musim sejuk, dan kemudian mungkin melakukan sesuatu di Asia buat masa ini," ujarnya.

PUNCA LAPANGAN TERBANG HEATHROW DITUTUP
Satu kebakaran yang berlaku di sebuah stesen janakuasa elektrik di barat London menyebabkan gangguan pada bekalan elektrik, yang mengakibatkan penutupan lapangan terbang paling sibuk di Britain itu.
Sekurang-kurangnya 120 penerbangan yang berada di udara terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang lain. Sementara itu, seorang jurucakap Heathrow berkata "gangguan ketara" dijangkakan dalam masa beberapa hari akan datang.
Flightradar24 menyatakan bahawa lebih 1,000 penerbangan dijangka terjejas oleh penutupan lapangan terbang itu.

SIA TANGANI SITUASI DENGAN BAIK: PENUMPANG ASING
Penumpang warga asing yang ditemui Mediacorp mengatakan bahawa sekalipun mereka kecewa kerana mengalami kelengahan pada rancangan perjalanan mereka, mereka merasakan bahawa SIA telah menangani situasi tersebut dengan baik.
Mereka disediakan penginapan di sebuah hotel di Robertson Quay selama sekurang-kurangnya semalam, dan diberitahu bahawa mereka akan dihubungi oleh kakitangan penerbangan mengenai penerbangan ganti.
Kristen Phillips, seorang warga Australia berusia 60-an tahun, berkongsi sesetengah penumpang pada mulanya bimbang bahawa terdapat serangan pengganas di London kerana tidak banyak butiran yang didedahkan.
Namun, beliau berkata anak kapal sentiasa memberi kemas kini kepada penumpang sekalipun masih terdapat perkembangan mengenai situasi itu dan mereka telah melaksanakan tugas mereka dengan "cemerlang".

Sumber : CNA/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.