Penutupan jalan raya bagi F1 2024
Gambar: Singapore GP
SINGAPURA: Grand Prix Singapura Singapore Airlines Formula 1 2024 bakal berlangsung dari Jumaat (20 Sep) sehingga 22 September. Orang ramai lantas, boleh menjangkakan beberapa penutupan jalan raya di sekitar Marina Centre dan Padang.
Tahun ini, jalan raya di kawasan tersebut dijadual ditutup sehingga 24 September.
Bila berlangsungnya Grand Prix Singapura?
20 sehingga 22 September 2024. Tiket terhad masih boleh didapati di Klook dan laman GP Singapore.
Berapa lama jalan raya akan ditutup?
Penutupan jalan telahpun bermula dan jalan raya akan dibuka semula secara bertahap-tahap selepas perlumbaan malam pada 22 September. Semua jalan raya boleh diakses sepenuhnya pada 5.30 pagi pada 24 September.
Jalan raya manakah ditutup bagi hujung minggu F1 ini?
Peta yang tertera di atas menunjukkan penutupan serta lencongan jalan raya sehingga 20 September.
Jalan raya manakah yang boleh diakses pada waktu sibuk semasa tempoh ini?
Pada 20 September, dari 5.30 pagi hingga 10.00 pagi, jalan-jalan raya ini akan dibuka semula buat sementara waktu:
- Menghala ke Orchard Road: Collyer Quay > St Andrew’s Road > Stamford Road
- Menghala ke Shenton Way: Nicoll Highway > Esplanade Drive/Stamford Road
Jalan raya manakah yang boleh diakses selepas berlangsungnya perlumbaan itu?
Pembukaan semula jalan raya akan menjadi proses berperingkat yang bermula 23 September. Semua jalan raya akan boleh diakses sepenuhnya pada jam 5.30 pagi pada 24 September.
Lihat jalan raya manakah yang boleh diakses dari 23 hingga 24 September dalam peta di bawah.
Jalan raya dibuka pada 23 September, 5.30 pagi hingga 10.00 pagi:
- Menghala ke Shenton Way: Nicoll Highway > Esplanade Drive
- Menghala ke Shenton Way: Bras Basah Road > Nicoll Highway > Esplanade Drive
- Menghala ke ECP (Lapangan Terbang Changi): Bras Basah Road > Raffles Blvd > Republic Blvd
- Menghala ke Marina Blvd: Raffles Blvd > Temasek Ave > Bayfront Ave
Jalan raya dibuka pada 23 September, 5.00 petang hingga 8.30 malam:
- Menghala ke Shenton Way: Nicoll Highway > Esplanade Drive/ Stamford Road
- Menghala ke Shenton Way: Bras Basah Road > Nicoll Highway > Esplanade Drive
- Menghala ke Orchard Road: Esplanade Drive > Nicoll Highway/Stamford Road
- Menghala ke ECP (Lapangan Terbang Changi): Bras Basah Road > Raffles Blvd > Republic Blvd
- Menghala ke ECP (Lapangan Terbang Changi): Bayfront Ave > Temasek Ave > Raffles Blvd
- Menghala ke Marina Blvd: Raffles Blvd > Temasek Ave > Bayfront Ave
Di mana boleh tonton Grand Prix Singapura Singapore Airlines Formula 1 2024?
Mediacorp akan menyiarkan perlumbaan latihan, kelayakan dan utama di Saluran 5 dan mewatch.
Berikut adalah jadual siarannya:
Perlumbaan Latihan 1 (5.25 petang hingga 6.30 petang pada 20 September)
Secara langsung di Saluran 5, dengan siaran serentak tersedia di mewatch
Latihan Perlumbaan 2 (12.30 pagi hingga 2 pagi pada 21 September)
Ditangguhkan siaran di Saluran 5, dengan siaran serentak tersedia di mewatch
Perlumbaan Latihan 3 (5.25 petang hingga 6.30 petang pada 21 September)
Secara langsung di Saluran 5, dengan siaran serentak tersedia di mewatch
Perlumbaan Kelayakan (8.55 malam hingga 10.15 malam pada 21 September)
Secara Langsung di Saluran 5, dengan siaran serentak tersedia di mewatch
Perlumbaan Utama (7.40 malam hingga 10.30 malam pada 22 September)
Secara langsung di Saluran 5, dengan siaran serentak tersedia di mewatch
Jangan terlepas peluang untuk menyaksikan perlumbaan latihan, kelayakan dan utama Grand Prix Singapura Singapore Airlines Formula 1 2024 di Saluran 5 dan mewatch.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.