Skip to main content

Singapura

Penutupan jalan, pemeriksaan keselamatan dekat Suntec semasa Sidang Puncak ASEAN

Pasukan Polis Singapura (SPF) akan melaksanakan sekatan jalan dan pemeriksaan keselamatan di kawasan sekitar Suntec semasa Sidang Puncak ASEAN ke-33.

Anggaran Waktu Membaca:
Penutupan jalan, pemeriksaan keselamatan dekat Suntec semasa Sidang Puncak ASEAN

Gambar fail Suntec City. (Gambar: Calvin Oh)

Diterbitkan : 06 Nov 2018 04:27PM Dikemas Kini : 06 Nov 2018 04:33PM

SINGAPURA: Pasukan Polis Singapura (SPF) akan melaksanakan sekatan jalan dan pemeriksaan keselamatan di kawasan sekitar Suntec semasa Sidang Puncak ASEAN ke-33.

Demikian menurut kenyataan bersama pada Selasa (6 Nov) oleh SPF, Penguasa Penerbangan Awam Singapura (CAAS) dan Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Sidang Puncak itu yang diisytiharkan sebagai Acara Khas Keselamatan Dipertingkat akan berlangsung dari 13 November hingga 15 November di Pusat Konvensyen dan Pameran Antarabangsa Suntec.

Kawasan di sekitar Suntec diperuntukkan sebagai Kawasan Acara Khas Keselamatan Dipertingkat.

Sebagai sebahagian daripada langkah keselamatan yang dikuat kuasa, kenyataan bersama itu menyenaraikan barang-barang yang diharamkan di kawasan itu, sebuah kawasan terlarang sementara dan penutupan jalan raya serta aturan jalan raya bagi tempoh itu.

BARANGAN TERLARANG

Kenderaan Udara Tanpa Pemandu (UAV) atau dron adalah antara barang-barang yang dilarang di dalam kawasan khas itu.

"Pesalah boleh diberkas dan jika didapati bersalah, boleh didenda sehingga S$20,000, dipenjara sehingga 12 bulan, atau kedua-duanya sekali. UAV terbabit juga akan dirampas," menurut kenyataan bersama itu.

Antara barangan terlarang termasuk:

  • sebarang bahan beracun
  • suar atau bahan piroteknik
  • petroleum atau sebarang bahan pembakar
  • sebarang bahan letupan mengikut takrif Akta Senjata dan Bahan Letupan
  • sebarang senjata seperti ditakrifkan dalam Akta Senjata dan Bahan Letupan

PENUTUPAN JALAN

Bagi mempermudahkan urusan keselamatan di acara tersebut, jalan-jalan raya ini akan ditutup antara 11 November hingga 16 November:

Related article image

CAAS akan memperuntukkan Kawasan Larangan buat sementara waktu di kawasan pusat Singapura antara 12 November (12.00 tengah malam) hingga 16 November (11.59 malam) di bawah Arahan Pengemudian Udara (ANO), menurut kenyataan itu.

Kawasan-kawasan terjejas termasuk: Fullerton Road, Connaught Drive, St Andrew's Road, Stamford Road, Victoria Street, Bras Basah Road, Bencoolen Street, Rochor River, Syed Alwi Road, Beach Road, Java Road, Nicoll Highway dan Kawasan Pantai Marina Promenade.

"Semasa tarikh dan waktu berkenaan, penerbangan UAV dan sebarang aktiviti udara (seperti menerbangkan layang-layang dan belon) dilarang di dalam dan menuju ke Kawasan Larangan sementara itu, kecuali mendapat kebenaran CAAS. Aktiviti udara tanpa kebenaran di kawasan tersebut adalah salah di sisi ANO," menurut kenyataan itu lagi.

Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita