Penuntut SOTA keracunan makanan selepas dijamu hidangan siap makan sempena Pertahanan Mutlak
Anggaran Waktu Membaca:
Hidangan siap makan itu boleh bertahan selama lapan bulan dan dimakan pada suhu bilik. (Gambar: CNA/Mak Jia Kee)
SINGAPURA: Sebilangan penuntut dari Sekolah Seni Singapura (SOTA) melaporkan gejala keracunan makanan selepas memakan hidangan siap makan yang diagihkan sebagai sebahagian daripada latihan kesediaan negara.
Hidangan tersebut diagihkan pada Selasa (18 Feb) sebagai sebahagian daripada Latihan SG Bersedia, yang melakukan simulasi krisis seperti gangguan bekalan elektrik dan gangguan bekalan makanan di bawah latihan Pertahanan Mutlak.
Mediacorp difahamkan bahawa sekitar 20 pelajar terjejas.
Dalam emel kepada pelajar pada Rabu yang dilihat oleh Mediacorp, naib presiden SOTA, Pauline Ann Tan, mengaku adanya laporan mengenai pelajar yang berasa tidak sihat selepas memakan hidangan siap makan.
Beliau juga berkata bahawa siasatan sedang dijalankan.
"Sebagai langkah berwaspada, kami ingin mengumpul hidangan RTE (ready-to-eat atau siap makan) yang tidak dimakan supaya kami dapat menyiasat perkara ini," katanya dalam emel tersebut.
Para pelajar diminta untuk menghantar kotak hidangan itu ke pejabat sekolah pada Rabu. Mereka yang membawa hidangan itu pulang diminta untuk membawanya kembali ke sekolah pada keesokan harinya.
Mereka yang berasa tidak sihat dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan perubatan dan memaklumkan kepada mentor kelas mereka.
Emel dengan mesej serupa kemudian dihantar kepada ibu bapa pelajar.
CIRIT-BIRIT, MUAL, MUNTAH-MUNTAH
Hidangan siap makan tersebut disediakan oleh katerer makanan SATS untuk orang ramai semasa berlaku darurat.
Memanfaatkan pengalamannya dalam menghasilkan makanan catuan tentera, SATS menghasilkan hidangan ini untuk disimpan tanpa penyejukan, dimakan pada suhu bilik dan dengan jangka hayat sehingga lapan bulan.
Lima pilihan hidangan turut disediakan: Pasta 'bolognese' ayam, ayam kari dengan nasi beriani, bubur ikan dengan keledek dan labu, ikan tomato pedas dan manis dengan nasi basmati serta pasta marinara sayuran.
Mediacorp difahamkan bahawa beberapa pelajar yang memakan pasta 'bolognese' ayam mengalami gejala seperti cirit-birit, mual dan muntah-muntah.
Mediacorp sudahpun menghubungi pihak berkuasa yang berkaitan dan SATS untuk mendapatkan komen.
Hidangan siap makan ini diagihkan kepada lebih 100,000 pelajar dan guru di lebih 90 sekolah sebagai sebahagian daripada Program Kesediaan Daya Tahan Makanan, iaitu inisiatif yang diterajui oleh Agensi Makanan Singapura (SFA).
Selain di sekolah, SFA juga bekerjasama dengan Agensi Penjagaan Bersepadu (AIC) untuk mengagihkan hidangan ini kepada warga emas di Pusat Penuaan Aktif di seluruh pulau, dengan lebih 8,000 warga emas di 111 pusat turut terlibat.

Sumber : CNA/IM/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.