Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penuntut politeknik dijel langgar pengguna basikal elektrik; mangsa meninggal dunia

Anggaran Waktu Membaca:
Penuntut politeknik dijel langgar pengguna basikal elektrik; mangsa meninggal dunia

(Gambar: Ili Nadhirah Mansor/TODAY)

Diterbitkan : 01 Jun 2022 02:39PM Dikemas Kini : 01 Jun 2022 02:42PM

SINGAPURA: Seorang pelajar politeknik hari ini (1 Jun) dijatuhi hukuman penjara selama enam minggu kerana menyebabkan kematian seorang pengguna basikal elektrik yang berusia 55 tahun dalam satu kemalangan di tempat letak kereta di Jurong West.

Muhammad Adham Ishak, 24 tahun, juga dilarang memandu selama lapan tahun selepas mengaku bersalah atas satu tuduhan memandu dengan cuai dan tidak awas.

Dia baru bekerja selama seminggu sebagai pekerja penghantaran apabila kemalangan itu berlaku pada 18 Februari 2020.

Kira-kira pukul 7.00 malam itu, Adham menyelesaikan penghantaran di Jurong West Avenue 1 dan mahu ke lokasi penghantaran seterusnya di kawasan itu.

Dia sedang keluar dari tempat letak kereta Blok 537, Jurong West Avenue 1 menaiki sebuah van. Dia mahu membelok ke kanan ke jalan raya utama.

Pada masa yang sama, mangsa sedang menaiki basikal berkuasa elektrik di lorong kedua sebuah jalan raya dua lorong, dari sebelah kanan Adhan, di sebelah kiri mangsa.

Menurut dokumen-dokumen mahkamah, isteri mangsa percaya suaminya sedang dalam perjalanan pulang ke rumah atau hendak membeli makan malam untuk anak mereka.

Ketika Adham memandu van ke hadapan dan keluar ke Jurong West Avenue 1, dia bertembung dengan mangsa itu di dalam kotak kuning di depan pintu keluar tempat letak kereta tersebut.

Mangsa terjatuh ke atas jalan raya dan Adham turun dengan segera dari van untuk memeriksa mangsa yang masih bernafas tetapi tidak memberi sebarang respons.

Dia kemudian mengalihkan van itu dari jalan utama Jurong West Avenue 1 selepas diberitahu bahawa dia menghalang trafik.

Mangsa dikejarkan ke hospital dalam keadaan koma. Imbasan menunjukkan bahawa mangsa mengalami kecederaan pada bahagian kepala dan perlu menjalani prosedur pembedahan kecemasan.

Keadaannya tidak bertambah baik dan mangsa meninggal dunia pada 20 Februari 2020.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematiannya adalah disebabkan kecederaan pada bahagian kepala.

Timbalan Pendakwa Raya Benjamin Samynahan memohon hukuman penjara satu hingga tiga bulan dan mengenakan larangan mandatori memandu minimum lapan tahun.

Beliau berhujah bahawa Adham cuai dan gagal memastikan keadaan trafik semasa bergerak ke dalam kotak kuning.

Encik Samynathan juga menekankan bahawa Adham memandu kenderaan yang lebih besar, dan dia sepatutnya lebih berhati-hati semasa menghampiri kawasan kediaman seperti tempat letak kereta.

Hukuman bagi kesalahan menyebabkan kematian individu lain dengan memandu secara cuai dan tidak berhati-hati adalah penjara sehingga tiga tahun, denda sehingga S$10,000 atau kedua-duanya, bagi pesalah kali pertama.

Sumber : CNA/KF/kf
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan