Penuntut NTU mahu tingkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental menerusi pementasan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Sekumpulan mahasiswa Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mahu meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kesihatan mental menerusi sebuah persembahan teater.
Pementasan berjudul 'Pasang Surut' itu berkisahkan tentang seorang balu yang bangkit daripada keperitan masa silam.
Penulis dan pengarah, Nyimas Adreana mendapat ilham daripada tempat kegemarannya iaitu di pantai.
Penuntut NTU tahun keempat itu juga menerangkan tentang kepentingan ruang dan tempat yang dapat membantu seseorang faham dan hadam perasaannya.
“Pasang Surut bertujuan untuk menayangkan cabaran yang kita hadapi apabila terpaksa menerima keadaan dan melepaskan masa lalu,” jelas Cik Nyimas.

Beliau menekankan bahawa pementasan ini bukan sekadar hiburan tetapi juga satu landasan untuk mendidik khalayak ramai mengenai kepentingan kesihatan mental.
BUAT KAJIAN SELAMI WATAK
Menerusi watak utama, Putri, pementasan ini membawa penonton menyingkap emosi dan kepedihan yang dirasakannya.
“Kehilangan seseorang itu bukan mudah dan ia dapat menjejaskan kesihatan mental dan juga fizikal kita. Ini menyebabkan kita rasa keseorangan dan kekosongan,” ujar Jauharatul Jannah Jasmen yang memainkan watak Putri.

Memainkan watak sebagai seorang balu juga membawa cabaran besar bagi penuntut jurusan kejuruteraan itu.
"Saya perlu membuat banyak kajian ataupun saya menggunakan imaginasi saya sendiri untuk cuba melalui perasaan itu. Saya tak pernah melalui pengalaman ini jadi meluahkan perasaan hiba, kesedihan, menghilang seseorang itu sangat berat bagi saya. Jadi itulah cabaran paling besar," kata Cik Jannah.
Beliau juga berharap pementasan yang bakal berlangsung pada hujung minggu ini dapat juga tingkatkan kesedaran tentang kesihatan mental.
"Kebanyakan orang tak tahu tentang kesihatan mental ini serius. Jadi saya harap penonton sebagai ibu ke, sebagai kawan, sebagai ayah, kalau nampak kawan yang, sesiapa sahaja yang lemah, yang selalu berseorangan, tidak berbual banyak, saya harap mereka dapat lebih berinteraksi," tambah Cik Jannah.

Dengan jalan cerita yang menyentuh hati dan mesej yang mendalam, “Pasang Surut” diharapkan dapat membuka mata masyarakat tentang betapa pentingnya melepaskan beban masa lalu untuk terus maju ke hadapan.
Cik Nyimas turut berharap “Pasang Surut” dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai orang untuk mengambil berat tentang kesihatan mental mereka dan dapatkan bantuan apabila diperlukan.
Pementasan oleh kumpulan 'Awallah Dondang' dari NTU ini akan dipentaskan di Teater Gateway pada 14 dan 15 Jun ini.
Sehingga laporan ini diterbitkan, sekitar 80 peratus tiketnya sudah terjual.

Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.