Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penuntut bersemangat waja seperti Iskandar antara pelajar yang akan terima wang dermasiswa lebih tinggi

Pada hari-hari biasa, Mohamad Iskandar - seorang pelajar Nitec Lanjutan berusia 21 tahun - ke sekolah untuk menimba ilmu. Bidang teknologi penyiaran dan media menjadi jurusan pilihannya.

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Pada hari-hari biasa, Mohamad Iskandar - seorang pelajar Nitec Lanjutan berusia 21 tahun - ke sekolah untuk menimba ilmu. Bidang teknologi penyiaran dan media menjadi jurusan pilihannya.

Namun ada kalanya pada hujung minggu, anak sulung keluarga tiga beradik itu melakukan kerja sambilan di majlis-majlis perkahwinan, demi membantu kedudukan kewangan keluarganya yang kurang berkemampuan.

Bapa Iskandar cekal menjadi pencari nafkah tunggal dalam keluarga walaupun mengalami masalah jantung dan terpaksa menampung kos perubatan yang tinggi.

Adik Iskandar pula mengalami palsi serebrum dan terdapat lubang pada perutnya.

"Saya belajar dan kadang-kadang wang kurang. Tapi tetap, saya fikir kalau saya tidak belajar nanti, satu hari saya akan susah. Saya takkan mengalah lalu terus cuba dan cuba," kata Iskandar yang tertarik kepada cara penyuntingan video-video aksi sukan.

Apabila dihimpit masalah kewangan, keluarga Iskandar terpaksa menggunakan wang simpanan mereka dan hanya membeli keperluan keluarga.

DERMASISWA DIPERTINGKAT BAGI PELAJAR ITE SEPERTI ISKANDAR

Setiap penggal, Iskandar perlu membayar yuran tambahan sebanyak $18. Wang Dermasiswa Pendidikan Tinggi Masyarakat sebanyak $1,400 yang diterimanya bagaimanapun boleh digunakan untuk menampung yuran tersebut, selain membantunya dari segi keperluan sekolah lain.

Dermasiswa Pendidikan Tinggi Masyarakat dibuka kepada semua pelajar tempatan sepenuh masa yang tidak menerima sebarang biasiswa. Pendapatan per kapita pelajar tidak boleh melebihi $1,000.

Untuk mendapatkan dermasiswa, pelajar hanya perlu menyerahkan borang permohonan dan dokumen-dokumen yang diperlukan kepada kolej masing-masing.

Bermula bulan depan, wang dermasiswa yang diperuntukkan akan dipertingkat. Bagi para pelajar Nitec dan Nitec Lanjutan ITE dari keluarga dengan pendapatan kasar isi rumah tidak lebih $2,750 atau pendapatan per kapita kurang $690, mereka akan menerima $1,500 setahun, iaitu peningkatan sebanyak $100.

Bagi keluarga dengan pendapatan per kapita (PCI) antara $691 dengan $1,000 pula, sebelum ini mereka menerima $1,050. Meskipun demikian, mereka akan menerima $1,250 setahun, naik $200.

"Dengan dermasiswa ini, ia menolong saya dalam tambang bas, buku sekolah dan pakaian sekolah," ujar Iskandar. Beliau menaruh harapan berpeluang untuk melakukan sesuatu berkaitan dengan penyuntingan video kelak.

Kolej Barat ITE. (Gambar: Google Street View)

PERUNTUKAN DERMASISWA PENDIDIKAN TINGGI JUGA DINAIKKAN

Peruntukan di bawah Dermasiswa Pendidikan Tinggi, yang khusus bagi keluarga berpendapatan sederhana, juga dinaikkan sebanyak S$50.

Pelajar dari keluarga dengan pendapatan per kapita antara S$1,001 dengan S$1,725, mereka kini akan menerima S$600 setahun.

Mereka dengan pendapatan per kapita antara S$1,726 dengan S$2,250 pula akan menerima S$400. 

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan