Penunggang motosikal warga SG maut dalam kemalangan di Linkedua
Anggaran Waktu Membaca:

Tangkapan skrin: Google Maps
ISKANDAR PUTERI: Seorang lelaki warga Singapura maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar sebuah kereta yang membuat pusingan U, di Kilometer (KM) 1.4 lebuh raya Laluan Kedua Malaysia-Singapura (Linkedua) arah utara, pada Sabtu (8 Jun).
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP M Kumarasan berkata mangsa yang cedera parah pada bahagian kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.
Beliau berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian yang menimpa lelaki berusia 31 tahun itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha MT07 dengan kereta Proton Saga tersebut, kira-kira pukul 12.20 tengah malam.
"Hasil siasatan mendapati pusingan U dibuat pemandu kereta itu dibenarkan, kerana dia merupakan penyelia projek bagi kerja membaik pulih jalan di KM1.6 arah selatan, dan motif pusingan U itu untuk ke kawasan baik pulih jalan yang lain di KM20 (arah utara).
"Mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Sultanah Aminah untuk proses bedah siasat," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Bagaimanapun, Encik Kumarasan berkata pemandu kereta berusia 40 tahun itu tidak mengalami sebarang kecederaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, boleh menghubungi Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (BSPTD) Iskandar Puteri di talian 07-5101322," katanya.

Sumber : Bernama/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.