Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal tercampak selepas dirempuh bas di Clementi; pemandu bas berusia 72 tahun disiasat

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang pemandu bas lelaki berusia 72 tahun sedang membantu polis dalam siasatan selepas sebuah video tular di WhatsApp, yang menunjukkan dia dilanggar oleh seorang penunggang motosikal ketika sedang menukar lorong. Ia sekali gus menyebabkan penunggang motosikal tersebut merempuh kereta di hadapannya.

Dalam menjawab pertanyaan Mediacorp, polis dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai kes tersebut pada 7.15 pagi pada Isnin (8 Jan).

Nahas tersebut dipercayai berlaku di persimpangan antara Clementi Avenue 6 dengan Commonwealth Avenue West, di mana ia melibatkan sebuah kereta, bas dan motosikal.

Dalam video tersebut yang dikongsi di WhatsApp, bas berkenaan dilihat sedang menukar lorong selepas melalui persimpangan Clementi Avenue 6. Sedang ia berbuat demikian, sudut bas berkenaan terkena penunggang motosikal tersebut.

Akibat kesan perlanggaran tersebut, penunggang motosikal terbabit tercampak ke kereta yang berada di hadapannya, merempuh tingkap belakang kereta berkenaan.

Penunggang motosikal berusia 46 tahun itu dikejarkan ke Hospital Universiti Nasional (NUH) dalam keadaan sedar.

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan