Penunggang motosikal, pembonceng 14 tahun dibawa ke hospital susuli kemalangan di CTE
Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya berusia 14 tahun dikejarkan ke hospital menyusuli satu kemalangan di Ekspreswe Central (CTE) pada Ahad (24 Okt).
Petikan rakaman yang dihantar kepada Mediacorp menunjukkan kereta remuk dan ambulans setelah kemalangan pada 24 Okt 2021.
SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal dan pemboncengnya berusia 14 tahun dikejarkan ke hospital menyusuli satu kemalangan di Ekspreswe Central (CTE) pada Ahad (24 Okt).
Khidmat-khidmat kecemasan dimaklumkan tentang nahas di CTE menghala ke Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) sebelum Braddell Road sekitar pukul 1.00 tengah hari.
Kemalangan itu melibatkan tiga kereta dan satu motosikal. Penunggang 42 tahun itu dan pemboncengnya, iaitu remaja perempuan 14 tahun berada dalam keadaan sedar semasa dikejarkan ke hospital, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).
Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan seorang dibawa ke Hospital Tan Tock Seng Hospital, manakala seorang lagi dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak KK (KKH).
Siasatan polis sedang dijalankan.
Rakaman video kemalangan itu menunjukkan sebuah kereta merah dengan bonet yang remuk, serta serpihan berselarakan di jalan raya.
Kereta polis, ambulans SCDF dan trak tunda juga kelihatan di tempat kejadian.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.