Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal meninggal dunia di hospital selepas kemalangan dengan lori di PIE

Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun meninggal dunia di hospital setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori pada Ahad malam (12 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal meninggal dunia di hospital selepas kemalangan dengan lori di PIE

(Gambar: Facebook/Salimah RK)

Diterbitkan : 15 Jan 2020 11:31PM Dikemas Kini : 15 Jan 2020 11:36PM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun meninggal dunia di hospital setelah terlibat dalam kemalangan jalan raya dengan sebuah lori pada Ahad malam (12 Jan).

Seorang pemandu lelaki berusia 26 tahun ditangkap kerana memandu dalam keadaan mabuk dan secara berbahaya hingga mengakibatkan kematian.

Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (15 Jan), polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang nahas melibatkan sebuah lori dan motosikal di Ekspreswe Rentas-Pulau (PIE) menghala ke Tuas pada sekitar 10.10 malam hari itu.

Kemalangan berlaku selepas jalan keluar Upper Jurong di PIE.

"Penunggang motosikal 25 tahun masih sedar apabila (dibawa) ke Hospital Universiti Nasional, di mana beliau kemudian meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami pada 13 Jan 2020," menurut polis.

Dalam satu catatan Facebook pada 13 Januari, seorang wanita yang mendakwa dirinya sebagai adik mangsa memohon maklumat dan para saksi tampil berhubung "kemalangan motosikal teruk" itu.

Penunggang motosikal yang meninggal dunia itu dikenal pasti dalam catatan Facebook tersebut sebagai Muhamamd Musharraf Abdul Razak.

Dalam catatan itu, pengguna Facebook dengan nama akaun "Salimah RK" memuat naik beberapa gambar abangnya itu, termasuk satu yang menunjukkan mangsa dalam seragam polis.

Mediacorp difahamkan Allahyarham Muhammad Musharraf adalah anggota kerahan dengan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Cik Salimah juga memuat naik gambar pasport berlumuran darah, dikatakan kepunyaan mangsa.

Beliau menulis: "Kepada abang yang saya sering (manja), abang kedua saya ... anda meninggalkan saya begitu saja."

Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : Today/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan