Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang motosikal maut dalam nahas di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Seorang penunggang motosikal berusia 35 tahun maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi tadi (8 Okt).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal maut dalam nahas di Pusat Pemeriksaan Woodlands

Gambar fail trafik di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Diterbitkan : 08 Oct 2018 07:05PM Dikemas Kini : 08 Oct 2018 07:08PM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 35 tahun maut dan tiga lagi cedera dalam kemalangan di Pusat Pemeriksaan Woodlands pagi tadi (8 Okt).

Polis menyatakan ia dimaklumkan tentang nahas melibatkan tiga motosikal di 21 Woodlands Crossing pada jam 5.34 pagi.

Salah seorang penunggang motosikal disahkan mati oleh anggota paramedik di tempat kejadian.

Tiga orang, berusia antara 19 dengan 28 tahun, dikejarkan ke Hospital Khoo Teck Puat.

Polis masih menjalankan siasatan.

Penunggang motosikal berusia 35 tahun berkenaan dikatakan melanggar penghadang jalan di kawasan ketibaan sebelum pelepasan imigresen di Pusat Pemeriksaan Woodlands. Dua lagi motosikal gagal berhenti dan bertembung dengan penunggang berkenaan.

Pada 6.15 pagi, Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) memaklumkan para pemandu melalui satu catatan Facebook tentang kesesakan di Pusat Pemeriksaan Woodlands yang disebabkan satu kemalangan.

Dalam kemas kini pada 11.40 pagi, ICA menyatakan bahawa kesesakan sudah berkurangan.

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan