Penunggang motosikal maut dalam nahas AYE, pemandu bas antara 2 orang diberkas
Seorang lelaki berusia 59 tahun terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikalnya dengan sebuah lagi motosikal dan bas di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada pagi Rabu (19 Jun).
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 59 tahun terbunuh dalam kemalangan melibatkan motosikalnya dengan sebuah lagi motosikal dan bas di Ekspreswe Ayer Rajah (AYE) pada pagi Rabu (19 Jun).
Pihak berkuasa dimaklumkan mengenai nahas itu pada sekitar 7.15 pagi. Ia berlaku di AYE yang menghala ke Ekspreswe Pantai Marina (MCE) sebelum jalan susur keluar Jurong Pier Road, menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Penunggang mototosikal tersebut disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.
Penunggang motosikal kedua, seorang lelaki berusia 20 tahun, dikejarkan ke Hospital Besar Ng Teng Fong dalam keadaan sedar, menurut polis.
Polis menambah pemandu bas berkenaan yang berusia 52 tahun diberkas kerana menyebabkan kematian akibat perbuatan cuai. Penunggang motosikal yang cedera kemudian diberkas di hospital.
Video yang dimuat naik ke media sosial menunjukkan ketiga-tiga kenderaan di lorong pertama lebuh raya berkenaan, dengan sebuah motosikal di belakang bas. Sebuah lagi motosikal pula dilihat di depan bas.
Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas semasa waktu sibuk sebelah pagi dan para pemandu dinasihati supaya mengelakkan lorong pertama dan kedua.
Siasatan polis masih dijalankan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.