Penunggang motosikal maut dalam kemalangan di ECP menghala ke Lapangan Terbang Changi
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang lelaki berusia 49 tahun maut selepas terlibat dalam kemalangan pada Sabtu (16 Sep) di East Coast Parkway (ECP), menghala ke Lapangan Terbang Changi.
Menjawab pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan pihaknya dimaklumkan tentang nahas yang melibatkan sebuah kereta dan sebuah motosikal pada 2.10 petang pada Sabtu.
Penunggang motosikal itu dipercayai tergelincir sendiri, menurut polis. Beliau disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Klip video sepanjang 33 saat yang dimuat naik oleh pengguna k_3_c_y_k di TikTok menunjukkan keadaan di tempat kejadian selepas kemalangan itu, di mana khemah polis dan serpihan di jalan raya turut kelihatan.
Dua lorong paling kanan ekspreswe lima lorong itu juga dikepung.
Sebuah kereta dan sebuah motosikal dilihat di lorong-lorong yang dikepung itu.
Polis mendedahkan seorang pemandu kereta lelaki berusia 65 tahun sedang membantu dalam siasatan.
Siasatan polis masih dijalankan.

Sumber : Today/AT/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.