Skip to main content

Singapura

Penunggang motosikal mati dalam nahas libatkan bas di Tuas

Seorang penunggang motosikal berusia 41 tahun mati dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Tuas pada petang Khamis (21 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal mati dalam nahas libatkan bas di Tuas

Insiden berlaku di persimpangan antara Tuas South Avenue 3 dengan Tuas South Avenue 2. (Gambar: JB Tracer/Facebook)

Diterbitkan : 22 Feb 2019 12:31AM Dikemas Kini : 22 Feb 2019 12:37AM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 41 tahun mati dalam kemalangan melibatkan sebuah bas di Tuas pada petang Khamis (21 Feb).

Nahas berlaku di persimpangan antara Tuas South Avenue 3 dengan Tuas South Avenue 2, menurut polis yang dimaklumkan tentang kemalangan itu pada sekitar 5.15 petang.

Satu video yang tular di media sosial menunjukkan seorang lelaki tersepit di bawah motosikal merah di tengah persimpangan tersebut. Serpihan kelihatan di tempat kejadian. Sebuah bas turut dilihat di tempat kejadihan.

Penunggang motosikal berkenaan disahkan mati oleh pasukan paramedik di tempat kejadian, menurut polis.

Polis masih menjalankan siasatan.

Kemalangan itu merupakan nahas kedua melibatkan seorang penunggang motosikal pada Khamis (21 Feb).

Seorang penunggang motosikal berusia 70 tahun mati dalam kemalangan melibatkan bas SBS Transit dan sebuah lori di Ang Mo Kio pada hari yang sama. Pemandu bas terbabit kemudian diberkas.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita