Penunggang motosikal berusia 51 tahun maut selepas tergelincir di Tuas South Avenue 3
Anggaran Waktu Membaca:

Gambar: Singapore roads accident/Facebook
SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 51 tahun meninggal dunia selepas motosikalnya dipercayai tergelincir di Tuas South Avenue 3 pada Rabu (24 Jan).
Menurut polis, pihaknya dimaklumkan mengenai insiden berkenaan pada 7.45 pagi Rabu (24 Jan).
Nahas tersebut melibatkan seorang penunggang motosikal "yang dipercayai tergelincir dengan sendirinya di Tuas South Avenue 3 menghala ke Jalan Ahmad Ibrahim”, menurut polis pada Khamis (25 Jan).
Lelaki itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).
Sebuah video yang tular di media sosial mengenai nahas itu menunjukkan sebuah motosikal tumbang di atas rumput di tepi jalan dengan khemah polis berwarna biru di sebelahnya.
Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : Today/SS/ss
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.