Skip to main content

Singapura

Penunggang motosikal berusia 25 tahun maut dalam nahas dengan lori di persimpangan trafik di Tuas

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang motosikal berusia 25 tahun maut dalam nahas dengan lori di persimpangan trafik di Tuas

Gambar: samzemon8/TikTok

Diterbitkan : 26 Oct 2023 10:37AM Dikemas Kini : 26 Oct 2023 10:39AM

SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 25 tahun maut dalam kemalangan melibatkan motosikalnya dengan sebuah lori di persimpangan trafik di Tuas pada awal pagi Rabu (25 Okt).

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, polis menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan mengenai nahas yang melibatkan sebuah lori dan motosikal sekitar pukul 7.45 pagi pada Rabu. Ia dipercayai berlaku di persimpangan antara Tuas View Link dengan Tuas View Walk 2.

Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF), dedah polis.

Menurut polis, pemandu lori, seorang lelaki berusia 46 tahun, diberkas kerana memandu secara cuai sehingga menyebabkan kematian.

Dalam video yang dimuat naik ke TikTok, sebuah ambulans SCDF dilihat bersebelahan dengan sebuah lori berwarna putih.


Terpal putih yang dipercayai digunakan untuk menutup jasad penunggang motosikal itu turut kelihatan di jalan raya di hadapan lori tersebut dengan topi keledar penunggang motosikal itu di atasnya.

Siasatan polis diteruskan.

Sumber : Today/SS/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita