Penunggang motosikal, 26 tahun, maut dalam kemalangan dengan lori dan bas di Bugis
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Singapore Road Accident)
SINGAPURA: Seorang penunggang motosikal berusia 26 tahun maut dalam satu kemalangan membabitkan kenderaannya, sebuah lori dan bas pada awal Khamis (25 Mei).
Menjawab pertanyaan TODAY, Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) dan polis berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kemalangan itu, yang berlaku di persimpangan Victoria Street dan Bras Basah Road pada kira-kira 7.40 pagi.
Penunggang motosikal itu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik SCDF, kata polis dalam satu kenyataan.
Seorang lagi individu di tempat kejadian dinilai sebagai cedera ringan tetapi tidak mahu dibawa ke hospital, kata SCDF.
Seorang pemandu lori berusia 31 tahun sedang membantu polis dalam siasatannya.
Gambar dalam satu catatan kumpulan Singapore roads accident.com di Facebook menunjukkan sebuah motosikal rosak teruk di tepi jalan dengan serpihan bertaburan di jalan raya.
Gambar lain menunjukkan topi keledar motosikal terpelanting agak jauh dari kenderaan itu.
Siasatan polis sedang dijalankan.

Sumber : Today/SU/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.