Penunggang basikal yang pegang bonet kereta didakwa atas kesalahan mengganggu
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Facebook/SG Road Vigilante, SGRV Admin)
SINGAPURA: Seorang penunggang basikal yang dirakam videonya semasa pergaduhan dengan seorang pemandu, dan kemudian memegang bonet sebuah kereta di East Coast Road pada Jun lalu, didakwa atas tuduhan mengganggu, pada Khamis (7 Sep).
Nicolette Tan Shi-en, 32 tahun dituduh mengancam Elaine Michele Ow di East Coast Road pada 2 Jun lalu.
Mahkamah dimaklumkan Tan menghentikan basikalnya di hadapan kereta Ow, sebelum mendekati Ow secara agresif dan membuka pintu keretanya.
Kejadian tersebut berlaku antara pukul 3.00 dan 3.30 petang.
Pada asalnya, Tan, seorang warga Singapura, didakwa bertindak terburu-buru sehingga membahayakan keselamatan orang lain dengan berbaring di atas bonet kenderaan yang sedang bergerak. Dia kemudian dibebaskan daripada dakwaan tersebut.
Selain tuduhan mengganggu orang lain, Tan berdepan satu tuduhan menghalang sebuah kereta dengan badannya dalam insiden yang sama, menghalang kereta tersebut dan kereta lain di belakang.
Rakaman video dari kamera papan pemuka yang dipercayai milik Ow, menunjukkan Tan berpakaian kuning, menggunakan topi keledar biru dan cermin mata sedang berdiri di depan kereta.
Video tersebut yang tular di media sosial pada Jun, menunjukkan Tan panjat ke atas bonet kereta sedang ia bergerak di East Coast Road sebelum ia pusing ke kiri menghala ke tempat menurunkan penumpang di pusat beli-belah i12 Katong.
Tan juga boleh dilihat menumbuk cermin kereta dengan tangannya sambil memegang telefon bimbitnya.
Kes Tan ditetapkan untuk persidangan pra-perbicaraan pada 6 Oktober.
Kes Ow, 49 tahun, juga dibawa ke mahkamah untuk perbicaraan lanjut pada Khamis, dia berdepan satu tuduhan membahayakan keselamatan Tan dengan perbuatan terburu-buru, ketika dia menggerakkan keretanya ke depan sementara Tan terbaring di atas bonet.
Kesnya ditetapkan untuk persidangan pra-perbicaraan pada 6 Oktober.
Jika didapati bersalah bertindak terburu-buru sehingga membahayakan keselamatan orang lain, Ow boleh dipenjara sehingga enam tahun, dan/atau didenda sehingga S$2,500.
Jika didapati bersalah bertindak mengancam, Tan boleh dihukum penjara sehingga enam bulan dan/atau didenda maksimum S$5,000.
Jika didapati bersalah menghalang kereta dengan badannya, Tan boleh didenda sehingga S$1,000.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.