Skip to main content

Singapura

Penunggang basikal elektrik 69 tahun, maut dalam kemalangan di Cantonment Road

Seorang wanita 69 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan basikal elektrik di Cantonment Road menuju Keppel Road pada awal pagi Ahad (5 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Penunggang basikal elektrik 69 tahun, maut dalam kemalangan di Cantonment Road

(Gambar: Thomas Tan)

Diterbitkan : 05 Jan 2020 03:38PM Dikemas Kini : 05 Jan 2020 03:42PM

SINGAPURA: Seorang wanita 69 tahun meninggal dunia dalam satu kemalangan melibatkan sebuah kereta dan basikal elektrik di Cantonment Road menuju Keppel Road pada awal pagi Ahad (5 Jan).

Menurut polis, wanita itu yang menunggang basikal elektrik disahkan mati di tempat kejadian oleh anggota paramedik.

Pemandu kereta tersebut yang berusia 25 tahun ditangkap kerana memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian, menurut polis.

Pihak berkuasa memberi respons kepada insiden dekat Pinnacle@Duxton pada sekitar pukul 5.50 pagi.

Siasatan polis masih dijalankan.

Gambar-gambar yang dikongsi oleh seorang pembaca CNA menunjukkan basikal itu terbengkalai di tengah jalan raya, di belakang kereta berwarna merah.

Gambar-gambar dan video yang dikongsi online juga menunjukkan dua lorong jalan raya ditutup dan beberapa kenderaan polis kelihatan di sana.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita