Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penunggang basikal dipenjara 12 hari; sebabkan kematian pejalan kaki berusia 73 tahun

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang penunggang basikal pada Khamis (18 Ogos) dihukum penjara 12 hari kerana menyebabkan kematian seorang pejalan kali berusia 73 tahun dalam satu kemalangan.

Daniel Woon Hock Soon, 46 tahun, mengaku bersalah atas satu tuduhan menyebabkan kematian dengan melakukan perbuatan cuai.

Satu lagi tuduhan tidak memakai topi keledar di bawah Peraturan Trafik Jalan Raya (Basikal) turut diambil kira semasa menjatuhkan hukuman.

Mahkamah diberitahu bahawa Woon, seorang pengendali gerai makanan di kem tentera menunggang basikal di jalan raya sekitar pukul 7.00 pagi pada 13 Ogos tahun lalu.

Dia berbasikal di lorong paling kiri Hougang Avenue 3 menuju ke arah Hougang Avenue 2.

Semasa berada disimpang Hougang Avenue 3 dan Lorong Ah Soo, Woon melihat lampu isyarat trafik berubah menjadi kuning dan mula memecut.

Ketika dia melintas persimpangan itu dan menghampiri seberang jalan raya, dia memutuskan untuk berbasikal di laluan pejalan kaki.

Mangsa yang berdiri di laluan pejalan kaki itu baru sahaja melangkah ke jalan raya untuk menyeberang jalan.

Namun, Woon gagal memeriksa jalan raya dengan betul dan melanggar mangsa, yang tebaring di atas jalan raya akibat kesan pelanggraan tersebut.

Woon membantu mengangkat mangsa ke laluan pejalan kaki dan terusb erada di sampingnya sehingga ambulans tiba.

Lelaki itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri. Beliau muntah-muntah apabila tiba di hospital dan meninggal dunia akibat kecederaannya pada hari yang sama.

Mangsa meninggal dunia akibat kecederaan kepala yang teruk.

Hukuman kerana menyebabkan kematian dengan melakukan perbuatan cuai adalah penjara sehingga dua tahun, denda atau kedua-duanya sekali.
Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan