Skip to main content

Singapura

Penumpang wanita maut akibat nahas di CTE, kereta terbelah dua

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang wanita maut akibat nahas di CTE, kereta terbelah dua

Gambar: SG Road Vigilante/Facebook

SINGAPURA: Seorang penumpang wanita 26 tahun terlibat dalam nahas di Ekspreswe Central (CTE) pada Jumaat (11 Ogos) disahkan meninggal dunia.

Demikian menurut polis dalam kenyataan yang dikemas kini pada Selasa (22 Ogos).

Kematiannya berlaku beberapa hari selepas mangsa dihantar ke Hospital Khoo Teck Puat. Mangsa tidak sedarkan diri ketika kemalangan berlaku, namun meninggal dunia di hospital, dedah polis.

Satu lagi penumpang lelaki 26 tahun disahkan mati di tempat kejadian oleh paramedik.

Pemandu lelaki kereta tersebut, juga 26 tahun, dihantar ke hospital dalam keadaan sedar diri.

Kemalangan berlaku sekitar tengah malam di jalan susur CTE dan Ekspreswe Seletar menuju ke Seletar West Link.
Pada masa kemalangan berlaku, polis menyatakan mereka percaya kereta itu "tergelincir" di jalan susur tersebut, sehingga menyebabkan kereta itu terbelah dua.
Sumber : Today/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita