Skip to main content

Singapura

Penumpang tidak perlu tunggu lama untuk ambil bagasi di Lapangan Terbang Changi jelang 2027

Para penumpang di Lapangan Terbang Changi dijangka boleh mendapatkan semula bagasi mereka dengan lebih cepat lagi apabila satu sistem baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) dilaksanakan dengan sepenuhnya menjelang 2027.
Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 29 Oct 2025 06:38PM Dikemas Kini : 11 Nov 2025 03:46PM
SINGAPURA: Para penumpang di Lapangan Terbang Changi dijangka boleh mendapatkan semula bagasi mereka dengan lebih cepat lagi apabila satu sistem baharu berasaskan kecerdasan buatan (AI) dilaksanakan dengan sepenuhnya menjelang 2027.

Sistem itu mampu menguruskan tenaga kerja dengan lebih cekap lagi, sekali gus mengurangkan keperluan pekerja untuk berulang-alik beberapa kali semasa mengangkut bagasi.

Ia mula dirintis pada April dan berjaya meningkatkan daya penghasilan dengan lebih 15 peratus setakat ini.

Satu lagi sistem AI yang sedang diuji, mengumpul data dari pelbagai bahagian lapangan terbang untuk meramal dan memperuntukkan tenaga kerja dan peralatan dengan lebih cekap.

Usaha-usaha syarikat pengendalian kargo SATS itu adalah sebahagian daripada inisiatifnya untuk meningkatkan daya penghasilan sedang Singapura mengendalikan jumlah kargo yang semakin bertambah.

"Dari segi sekitaran operasi penerbangan, cabaran akan terus wujud. Apa maksud saya? Akan terus ada tekanan yang semakin meningkat terhadap kecepatan dan keupayaan menyesuaikan diri.

"Jadi, ia mengenai cara-cara kami memanfaatkan tenaga kerja dan teknologi serta bagaimana kami memanfaatkan inovasi bagi memperkukuh kedudukan masa depan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif, SATS Singapore Hub, Henry Low.
Sumber : CNA/NY/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita