Penumpang tidak lagi wajib tukar kepada SimplyGO, LTA tidak jadi mansuh sistem lama
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar fail kios tiket EZ-Link.
SINGAPURA: Para penumpang tidak lagi perlu beralih kepada platform bayaran SimplyGo, umum Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Isnin (22 Jan). Ini bermakna, keputusan untuk secara berperingkat berhenti menggunakan sistem tiket lama sudah ditarik balik.
Pemerintah sebaliknya akan melabur tambahan S$40 juta agar para penumpang boleh terus menggunakan kad EZ-Link dan NETS Flashpay jika mereka mahu.
Mereka yang sudah menukar kepada kad Ez-Link SimplyGo juga boleh memilih untuk menukar semula kepada kad EZ-Link yang dahulu, secara percuma.
Minggu lalu, LTA menyatakan bahawa kad EZ-Link SimplyGo dan NETS FlashPay tidak lagi boleh digunakan untuk membayar tambang pengangkutan awam bermula 1 Jun.
Ini menyebabkan sesetengah penumpang mengadu tentang bagaimana baki dalam kad tidak dipaparkan pada gantri MRT ataupun mesin pembaca kad dalam bas.
Para pengguna yang mahu memeriksa baki kad masing-masing sebaliknya perlu bergantung kepada mesin tiket atau aplikasi SimplyGo.
Berikutan maklum balas orang awam, LTA pada Isnin menyatakan bahawa pihaknya akan melanjutkan sistem tiket berdasarkan kad bagi penumpang dewasa, agar ia dapat beroperasi di samping sistem SimplyGo - seperti sekarang ini.
Dalam erti kata lain, para penumpang dewasa boleh terus menggunakan kad EZ-Link atau kad lain yang boleh digunakan dengan sistem SimplyGo bagi pengangkutan awam.
PERTUKARAN KAD PERCUMA
Para penumpang dewasa yang sudah membeli kad EZ-Link SimplyGo, atau menukar kad EZ-Link masing-masing kepada kad EZ-Link SimplyGo dari 9 hingga 22 Januari, boleh menukar kad mereka secara percuma.
Para pemegang kad konsesi pula, yang menerima kad yang sesuai dengan sistem SimplyGo atau menukar kad masing-masing kepada SimplyGo, pada atau sebelum 22 Januari, boleh juga menukar kad mereka secara percuma, seandainya mereka tidak mahu terus menggunakan kad-kad SimplyGo.
Mereka yang terjejas termasuk warga emas, para pelajar, para pemegang kad Konsesi Pengangkutan Daya Kerja dan golongan kurang upaya, menurut LTA.
Lebih banyak butiran tentang pertukaran kad akan disediakan menjelang hujung Februari.
LABUR S$40 JUTA UNTUK KEKALKAN MOD PEMBAYARAN LAMA
Menerusi satu catatan Facebook pada Isnin (22 Jan), Menteri Pengangkutan Chee Hong Tat berkata beliau sedia maklum tentang keprihatinan sesetengah penumpang yang mahu terus melihat tambang dan baki kad tertera pada gantri MRT mahupun mesin pembaca kad di dalam bas.
"Kami akan melabur tambahan S$40 juta agar para penumpang boleh terus menggunakan kad EZ-Link dan NETS-FlashPay jika mereka mahu," kata Encik Chee.
Sebilangan penumpang memberitahu Mediacorp pada beberapa hari lalu bahawa mereka berdepan masalah dalam proses penukaran kad.
Jumlah urus niaga yang melonjak tinggi menyebabkan kelengahan pada aplikasi SimplyGo dan mesin-mesin tiket, jelas LTA pada ketika itu.
Pada Jumaat lalu pula, khidmat pertukaran percuma bagi mereka yang mahu menukar kad NETS FlashPay masing-masing kepada Kad Prabayar NETS "tidak dapat disediakan buat sementara waktu" sehingga diberitahu kelak.

Pertukaran di pejabat-pejabat tiket SimplyGo awalnya dijadualkan bermula pada hari berkenaan sehingga 18 Julai.
Pada Sabtu (20 Jan), ciri peningkatan SimplyGo juga "tidak dapat disediakan" beberapa mesin tiket.
"Saya memohon maaf bagi pihak MOT (Menteri Pengangkutan Awam) dan LTA atas kelengahan yang dialami para penumpang semasa mereka mencuba menukar kad EZ-Link. Ini seharusnya dapat dielak dengan persiapan lebih baik," kata Encik Chee.
"LTA sudah mula menghuraikan isu ini. Ia juga sudah mengemas kini app SimplyGo, selain mempercepat proses penukaran kad."

Sumber : CNA/AQ/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.