Penumpang terpaksa jalan di landasan disebabkan gangguan kereta api BPLRT
Beberapa penumpang yang terkandas, termasuk kanak-kanak, terpaksa berjalan di landasan kereta api hari ini (19 Mei).

Gambar yang dikirimkan oleh pembaca Channel NewsAsia.
SINGAPURA: Beberapa penumpang yang terkandas, termasuk kanak-kanak, terpaksa berjalan di landasan kereta api hari ini (19 Mei).
Ini setelah berlaku kerosakan di LRT Bukit Panjang (BPLRT) sehingga menyebabkan khidmat kereta api terhenti.
Khidmat kereta api terganggu selama hampir dua jam.
Menerusi catatan di laman Twitter sekitar pukul 2.20 petang tadi, SMRT menyatakan tiada khidmat kereta api di BPLRT disebabkan "kerosakan kereta api" antara stesen Phoenix dengan Bukit Panjang.
Dalam satu lagi catatan yang dimuat naik sekitar pukul 2.50 petang, SMRT menyatakan Khidmat Kereta Api A sudah disambung semula dan para juruteranya sedang berusaha memulihkan Khidmat Kereta Api B.
Sekitar pukul 3.00 petang tadi, SMRT menyatakan kerosakan itu sudah dibaiki dan Khidmat Kereta Api B "disambung semula secara bertahap-tahap".
Menerusi gambar-gambar yang kirimkan oleh pembaca Mediacorp, para penumpang boleh dilihat berjalan di atas landasan kereta api. Seorang wanita juga dilihat menggendong anaknya sedang beliau berjalan ke stesen berdekatan.
Seorang penumpang yang menaiki kereta api terjejas itu memberitahu Mediacorp bahawa LRT itu "terkandas" antara stesen Phoenix dengan Bukit Panjang sekitar 20 minit sebelum seorang jurutera menyelamatkan mereka.
Satu lagi gambar yang dikirimkan oleh pembaca Mediacorp menunjukkan para penumpang menunggu di dalam gerabak kereta api di BPLRT.
Selepas menjalankan kerja-kerja "pembaikan" selama 10 minit, penumpang berkenaan berkata jurutera tersebut membenarkan mereka berjalan di landasan untuk ke stesen Bukit Panjang. Beliau juga menyifatkan gerabak kereta api itu sebagai "amat panas" memandangkan tiada alat hawa dingin sepanjang tempoh tersebut.
Pada bulan Mac lalu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan kerja-kerja penggantian gerabak dan pembaharuan sistem isyarat di BPLRT akan mempertingkatkan khidmat penumpang.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.