Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang Singapore Airlines tidak perlu pakai pelitup mulai 29 Ogos

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Para penumpang Singapore Airlines (SIA) tidak diwajibkan memakai pelitup semasa penerbangan mulai Isnin depan (29 Ogos), melainkan mereka dalam perjalanan ke dan dari destinasi yang mewajibkan pemakaian pelitup.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, SIA menyatakan bahawa pihaknya sudah mengemas kini dasar pemakaian pelitup semasa penerbangan berdasarkan garis panduan terkini daripada pemerintah.

Pengarah Khidmat Perubatan Kementerian Kesihatan (MOH), Kenneth Mak, pada Rabu (24 Ogos) berkata memakai pelitup semasa penerbangan bergantung kepada peraturan atau undang-undang di negara destinasi serta syarikat penerbangan.

Para penumpang SIA yang ingin memakai pelitup semasa dalam perjalanan boleh terus berbuat demikian, menurut syarikat penerbangan itu. Anda boleh memilih jika ingin memakai pelitup di Lapangan Terbang Changi.

DESTINASI

SIA sudahpun menyediakan senarai destinasi yang memerlukan para penumpang memakai pelitup semasa penerbangan. Ini termasuk Kanada, Jerman, Sepanyol dan Australia.

a
Gambar: SIA

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap Jetstar berkata bahawa syarikat penerbangan itu akan menyemak semula peraturan memakai pelitup yang dikemas kini untuk memastikan dasar memakai pelitup semasa penerbangan "terus diselaraskan dengan pihak berkuasa yang relevan" di destinasi yang dikunjungi.

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan