Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang SIA ditangkap setelah serang anak kapal & dakwa bawa bom

Ancaman bom itu disahkan sebagai palsu, menurut MINDEF.

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang SIA ditangkap setelah serang anak kapal & dakwa bawa bom

Pesawat Singapore Airlines di Lapangan Terbang Changi di Singapura pada 13 Mei 2022. (Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)

SINGAPURA: Polis menangkap seorang lelaki berusia 37 tahun dalam penerbangan Singapore Airlines selepas dia menyerang anak kapal dan mendakwa mempunyai bom dalam beg yang dibawa naik ke kapal terbang itu, menurut polis pada Rabu (28 Sep).

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, polis mendedahkan pihaknya dimaklumkan pada 2.40 pagi tentang ancaman bom yang dikatakan berada dalam penerbangan SQ33 dari San Francisco ke Singapura.

Lelaki itu ditahan oleh anak kapal dan polis kemudian memberkasnya kerana membuat ancaman palsu mengenai tindakan pengganas serta kerana disyaki mengambil dadah terkawal.

Singapore Airlines menyatakan penumpang "tidak terkawal" itu dikatakan memukul seorang anggota anak kapal.

Pesawat itu mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Changi sekitar pukul 5.50 pagi, dengan diiringi jet-jet pejuang F-16C/D Angkatan Tentera Udara Singapura (RSAF), menurut polis.

Kapal terbang kemudian dibawa ke bahagian terpencil bagi pemeriksaan keselamatan dan penumpang itu diserahkan kepada polis lapangan terbang, menurut Singapore Airlines. Selepas pemeriksaan keselamatan selesai, pesawat ditunda ke Terminal 3.

Data dari laman menjejak trafik udara Flightradar24 menunjukkan pesawat itu melakukan beberapa pusingan sebelum ia siap untuk mendarat ke arah Singapura. Tiada kelengahan ketibaan dilaporkan, dengan masa penerbangan 16 jam 25 minit dicatat.

Para kakitangan Divisyen Polis Lapangan Terbang dan Kumpulan Pertahanan Kimia, Biologi, Radiologi dan Bahan Letupan pihak tentera juga berada di tapak tersebut bagi menyiasat dakwaan penumpang itu, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam catatannya di laman Facebook pada Rabu.

Ancaman bom itu kemudian disahkan sebagai palsu, dedah MINDEF.

Semua penumpang dan anak kapal turun dari pesawat seperti biasa pada pukul 9.20 pagi, menurut syarikat penerbangan itu.

"Singapore Airlines memohon maaf kepada semua penumpang terjejas atas sebarang kesulitan yang dicetuskan insiden itu. Kami sedang membantu para pelanggan kami dengan tempahan semula bagi penerbangan selanjutnya yang mungkin mereka terlepas," jelas syarikat penerbangan itu.

"Kami sedang membantu pihak berkuasa dengan siasatan mereka dan tidak dapat memberi perincian lanjut."

Siasatan polis masih dijalankan.
Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan