Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang perlu jalani pemeriksaan di MRT Serangoon bagi latihan kecemasan

Para penumpang Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Circle yang naik atau turun kereta api di stesen MRT Serangoon perlu menjalani pemeriksaan keselamatan pada Selasa (7 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang perlu jalani pemeriksaan di MRT Serangoon bagi latihan kecemasan

(Gambar fail: Wikimedia Commons)

Diterbitkan : 01 Dec 2021 02:34PM Dikemas Kini : 01 Dec 2021 02:38PM

SINGAPURA: Para penumpang Laluan Timur Laut (NEL) dan Laluan Circle yang naik atau turun kereta api di stesen MRT Serangoon perlu menjalani pemeriksaan keselamatan pada Selasa (7 Dis).

Ia adalah sebahagian daripada Latihan Kesediaan Kecemasan yang dijalankan oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), SBS Transit dan SMRT Trains.

Latihan yang diberi nama Station Guard, akan dijalankan dari 10.00 pagi hingga 4.00 petang, menurut LTA dan para pengendali pengangkutan dalam satu kenyataan media pada Rabu.

"Para penumpang patut mengambil kira masa tambahan untuk menjalani pemeriksaan keselamatan sepanjang tempoh ini. Penumpang yang membawa barangan besar mungkin memerlukan lebih banyak masa untuk menjalani pemeriksaan keselamatan".

Sesetengah penumpang juga mungkin diminta untuk menjalani pemeriksaan pengesan logam dan barang-barangan mereka diimbas oleh mesin X-ray.

Selaras dengan langkah pengurusan selamat, para penumpang diingatkan supaya memakai pelitup dan mengelak daripada bercakap.

Semasa latihan, penumpang yang memasuki stesen menerusi pintu masuk lebih dekat dengan platform Laluan Timur Laut akan diarahkan ke gerbang tambang berhampiran Pintu Keluar A dan D. Mereka yang masuk lebih dekat dengan Laluan Circle akan terus ke gerbang tambang berhampiran Pintu Keluar E dan G.

Latihan Station Guard dijalankan secara berkala sejak Februari 2018 sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengukuhkan tindak balas keselamatan pada rangkaian pengangkutan awam Singapura dan membiasakan orang ramai dengan perkara yang perlu dilakukan apabila berlaku kecemasan.

Sumber : CNA/TQ/tq

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan

Aa