Penumpang, pemandu teksi alu-alukan perubahan terhadap peraturan teksi rentas sempadan
Para penumpang dan pemandu teksi di Singapura dan Malaysia menyambut baik langkah mengubah peraturan menurunkan penumpang bagi teksi rentas sempadan, namun menimbulkan persoalan mengenai tambang perjalnan antara kedua-dua negara pada masa hadapan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang dan pemandu teksi di Singapura dan Malaysia menyambut baik langkah mengubah peraturan menurunkan penumpang bagi teksi rentas sempadan, namun menimbulkan persoalan mengenai tambang perjalnan antara kedua-dua negara pada masa hadapan.
Para pemandu berkata membenarkan teksi-teksi untuk menurunkan penumpang di mana-mana sahaja di Singapura atau Malaysia - satu perubahan yang diumumkan pada Jumaat (5 Dis) - akan membolehkan mereka untuk berkhidmat kepada lebih ramai penumpang.
Pemandu teksi Ahmad Rashid Ahmad, 60 tahun, berkata beliau baru menerima berita itu pada pagi Jumaat dan masih belum menerima butiran rasmi lanjutan daripada pengendalinya.
“Jika ia benar, saya rasa ia akan membawa manfaat. Contohnya, tadi, ramai penumpang (Singapura) yang mahu terus pulang ke rumah dan bukannya diturunkan di Terminal Ban San Street,” kata pemandu rentas sempadan yang berpangkalan di Johor itu.
“Oleh sebab kami tidak boleh menghantar mereka secara langsung, akhirnya mereka menaiki teksi Singapura.”
“Saya bersyukur kerana kita (akan) akhirnya dibenarkan untuk menurunkan penumpang di mana-mana sahaja di Singapura,” kata pemandu teksi Malaysia, Ropidah Md Yatim, 55 tahun, kepada Mediacorp.
“Walaupun jika saya masih perlu kembali ke Terminal Ban San Street untuk mengambil penumpang, itu tidak mengapa,” tambahnya di Larkin Sentral.
Di Terminal Ban San Street di Bugis, para pemandu Malaysia turut menyuarakan pandangan yang serupa.
Encik Aziz Salimon berkata adalah baik bagi para pemandu dan penumpang jika mereka dapat menurunkan penumpang di mana-mana sahaja tempat yang mereka mahu.
“Mudah-mudahan kita dapat melakukannya pada tahun depan,” katanya.
Encik Aziz menambah beliau berharap pihak berkuasa akan terus mengawal harga tambang sedemikian. “Elok ada kawalan, supaya orang tidak boleh kenakan caj (sesuka hati mereka).”
Namun Cik Ropidah berharap akan ada lebih fleksibiliti dalam struktur tambang, sambil menarik perhatian bahawa tambang sehala kini kekal pada RM120 (S$37.79) tanpa mengira keadaan trafik.
“Sekarang ini, walaupun ada kesesakan dan kami terperangkap selama dua hingga tiga jam, kami tetap hanya memperoleh RM120,” kata beliau.
Singapura dan Malaysia akan membenarkan perjalanan teksi rentas sempadan dari satu lokasi ke satu lokasi di bawah peraturan baharu yang membolehkan teksi berlesen dari negara jiran menurunkan penumpang di mana-mana sahaja di negara masing-masing.
Perubahan itu diumumkan pada Jumaat dalam kenyataan bersama oleh kementerian pengangkutan kedua-dua negara, sebagai sebahagian daripada pakej penambahbaikan yang turut merangkumi peningkatan kuota teksi rentas sempadan berlesen daripada 200 kepada 500.
Kementerian-kementerian tersebut bagaimanapun tidak menyatakan bila perubahan tersebut akan dikuatkuasakan.

PENUMPANG RISAU TENTANG TAMBANG DAN KESELAMATAN
Para penumpang juga mempersoalkan bagaimana tambang mungkin berubah selaras dengan peraturan baharu tersebut, namun mereka memberitahu Mediacorp bahawa mereka lebih mengutamakan perkhidmatan berlesen atas sebab keselamatan.
“Saya perlu lihat berapa mereka caj,” kata seorang penumpang yang mahu dikenali sebagai Cik Liaw. Beliau sedang menunggu teksi di Terminal Ban San Street.
“Kalau terlalu mahal, ia tidak berbaloi, dan saya lebih rela keluarga yang menjemput saya.”
Perjalanan sehala ke Larkin Sentral berharga S$60 satu kereta atau S$15 bagi setiap penumpang.
Cik Choo Siao Way, seorang rakyat Malaysia yang datang ke Singapura untuk melawat anak-anaknya, berkata beliau memilih perkhidmatan teksi rentas sempadan berlesen kerana beliau sering membawa bagasi.
“Saya tidak pernah terfikir untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan haram – harganya lebih mahal, dan saya tidak tahu sama ada saya boleh mempercayai pemandunya,” kata wanita berusia 48 tahun itu.
Apabila perubahan itu berkuat kuasa, beliau menjangkakan perjalanan menjadi lebih mudah kerana para pemandu boleh menurunkannya di mana-mana sahaja di Malaysia dan bukan di Larkin Sentral sahaja.
PERSAINGAN LEBIH SENGIT?
Pihak berkuasa turut mengumumkan pada Jumaat bahawa kuota teksi rentas sempadan berlesen akan ditingkatkan kepada 500 untuk setiap negara.
Sesetengah pemandu Malaysia bimbang keadaan itu akan menyebabkan persaingan menjadi lebih sengit.
Menurut mereka, perniagaan bertambah baik selepas Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengambil tindakan terhadap perkhidmatan rentas sempadan tidak berlesen, namun peningkatan kuota itu mungkin kembali menjejaskan keadaan.
Selepas mengambil penumpang di Johor Bahru (JB) dan pergi ke Singapura, Encik Aziz berkata beliau perlu menunggu sekitar enam hingga lapan jam untuk mendapatkan penumpang yang ingin menuju ke JB.
Beliau berkata beliau pernah menunggu selama 26 jam untuk mendapatkan penumpang, terutama sekali ketika perkhidmatan haram itu masih beroperasi. Namun beliau berkata ia tetap berbaloi kerana nilai dolar Singapura yang lebih tinggi.
“Ia membazirkan petrol, dan kadang-kadang kami terperangkap dalam kesesakan,” kata seorang lagi pemandu yang memperkenalkan dirinya sebagai Encik Zakaria. “Kami tidak boleh pulang tanpa penumpang.”
Beliau berkata keadaan akan menjadi buruk jika terlalu ramai pemandu mula menawarkan perkhidmatan rentas sempadan.
Encik Ban berkata beliau sedar adanya rungutan daripada para penumpang bahawa teksi yang tersedia tidak mencukupi, namun beliau mempersoalkan sama ada kuota baharu itu terlalu tinggi.
“Memang ada keperluan untuk menambah, tetapi sehingga 500 … saya rasa sistem sekarang, iaitu koswe, tidak benar-benar mampu menampung 500 teksi,” kata beliau, sambil menambah bahawa ia tetap akan membawa manfaat kepada para penumpang dan “kami mungkin mendapat hasil yang agak baik”.
Beliau berkata beliau berharap para pemandu teksi dapat menggunakan laluan khas untuk mengurangkan masa perjalanan masuk ke Malaysia, yang akan memberi manfaat kepada para penumpang dan pemandu.
Persatuan Teksi Kebangsaan (NTA) Singapura menyatakan ia berbesar hati pemerintah akan bekerjasama untuk meneliti semula rangka kerja perkhidmatan teksi rentas sempadan, sambil menarik perhatian bahawa ia “giat berhubung” dengan Kementerian Pengangkutan.
“Peluasan lokasi pengambilan dan penghantaran yang dirancang akan membawa lebih banyak manfaat bagi para penumpang dan meluaskan peluang pendapatan bagi pemandu-pemandu kami.
“Kami juga maklum berhubung peningkatan kuota teksi berlesen – terutamanya bagi kenderaan besar dan premium – yang akan menyokong perjalanan perniagaan dan kumpulan yang lebih besar,” tambah persatuan itu.
Menurutnya, peningkatan tersebut, serta Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura, akan membuka peluang pasaran yang lebih luas bagi para pemandu.
“NTA akan terus bekerjasama rapat dengan MOT dan Penguasa Pengangkutan Darat untuk memastikan prinsip persaingan adil dan medan persaingan yang saksama dikekalkan supaya kepentingan pemandu kami dilindungi apabila perubahan ini dilaksanakan,” tambahnya.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.