Penumpang naik percuma jelang pembukaan rasmi TEL Peringkat 3
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Laluan Thomson-East Coast Peringkat Ketiga dibuka kepada orang ramai buat pertama kalinya.
Ramai yang tidak mahu melepaskan peluang meninjau-ninjau stesen-stesen TEL3 pada Jumaat pagi (11 Nov), menjelang perasmian laluan tersebut pada Ahad (13 Nov).
Mereka tiba dari daerah sejauh Choa Chu Kang dan Kovan, bagi pratonton tambahan terbaru kepada rangkaian sistem MRT Singapura.
Orchard merupakan antara empat stesen pertukaran baru serta 11 stesen Laluan Thomson East Coast.
Para penumpang kelihatan ghairah untuk meninjau rangkaian itu yang memakan masa hingga lapan tahun untuk dibina itu.
Stesen Orchard yang diperluas kini mempunyai 13 pintu masuk, antara yang terbanyak berbanding stesen-stesen lain.
Laluan TEL direka agar dapat meningkatkan ketersambungan sistem MRT tempatan, terutama bagi perjalanan terakhir merentas pelbagai kejiranan.
"Kami harap dengan menjadikan stesen-stesen MRT lebih dekat dengan rumah serta tempat tujuan, ia akan menggalak lebih ramai untuk menggunakan pengangkutan awam. Dengan membina sistem MRT yang luas, digandingkan dengan rangkaian yang mesra kepada penunggang basikal dan pejalan kaki, kita dapat membina bandar yang lebih baik untuk dihuni serta rangkaian pengangkutan masa depan yang mampan," kata Menteri Pengangkutan, S Iswaran.
12 lagi stesen laluan Thomson-East Coast masih dibina, yang akan berakhir di Lapangan Terbang Changi.
Sehingga Ahad (13 Nov), orang ramai boleh menaiki rangkaian TEL3 secara percuma, serta ikut serta dalam pelbagai acara yang dianjurkan.

LAPORAN BERKAITAN:
Sumber : CNA/IQ/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.