Skip to main content

Singapura

Penumpang MRT terjejas kelengahan di Laluan Circle

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang MRT terjejas kelengahan di Laluan Circle

(Gambar: SMRT)

Diterbitkan : 29 Apr 2024 09:37AM Dikemas Kini : 29 Apr 2024 09:38AM
SINGAPURA: Khidmat kereta api di Laluan Circle tergendala akibat kerosakan pada Isnin (29 Apr) pagi, dengan penumpang dinasihatkan supaya menambah setengah jam kepada waktu perjalanan biasa mereka.

Gangguan tersebut berlaku sehingga hampir dua jam, yang bermula dengan catatan oleh pengendali pengangkutan SMRT di Facebook pada pukul 6.09 pagi, yang memaklumkan tentang kelengahan antara stesen Holland Village dengan Pasir Panjang.

Stesen MRT lain kemudian juga terjejas.

"Pada 29 April sekitar pukul 6.05 pagi, khidmat kereta api terjejas akibat kerosakan," tulis SMRT pada salah satu kemas kini di Facebook pada pukul 6.43 pagi.

"Para penumpang dinasihatkan menambah 30 minit pada tempoh perjalanan kereta api antara stesen MRT Paya Lebar dengan HarboourFront di Laluan Circle."

Pengumuman di dalam kereta api dan stesen dibuat untuk memaklumkan kepada penumpang tentang gangguan tersebut.

Ia menambah bahawa khidmat bas biasa disediakan secara percuma dari stesen Paya Lebar ke stesen Harbourfront, dan khidmat bas penghubung percuma disediakan antara stesen Paya Lebar ke stesen Buona Vista.

Khidmat kereta api bersambung seperti biasa secara perlahan selepas pukul 7.30 pagi, sebelum bersambung sepenuhnya pada pukul 8.10 pagi.

Pada 22 Mac, kerosakan isyarat antara stesen MRT Promenade dengan Nicoll Highway di Laluan Circle juga menyebabkan kelengahan pada waktu pagi.
Sumber : CNA/AE/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita