Penumpang luah rasa kecewa, bingung selepas perkhidmatan MRT digantung antara stesen Boon Lay dengan Queenstown
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Para penumpang di Laluan Timur-Barat pada Rabu (25 Sep) tidak dapat menahan rasa kecewa selepas khidmat MRT antara stesen Boon Lay dengan Queenstown dihentikan sejak sekitar 9.30 pagi.
Sembilan stesen terjejas akibat gangguan itu: Boon Lay, Lakeside, Chinese Garden, Jurong East, Clementi, Dover, Buona Vista, Commonwealth dan Queenstown.
Barisan panjang dilihat di sebilangan stesen MRT sedang para penumpang menunggu bagi bas ulang-alik percuma.
Sebuah kereta api di Laluan Timur-Barat menyebabkan bekalan elektrik terputus apabila ia sedang bergerak pulang ke depoh Ulu Pandan pada sekitar 9.25 pagi.
Ini mengakibatkan kereta api berhampiran stesen Clementi terhenti.
Seorang saksi, yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Tan, berkata asap turut kelihatan dari kereta api yang sedang menuju ke stesen Clementi.
Sekitar 850 penumpang dalam kereta api yang terhenti itu "dikeluarkan dengan selamat" ke landasan, menurut SMRT, sambil menambah bahawa kakitangan kemudian membantu mereka naik semula ke platform stesen kereta api itu.
Jurucakap Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) berkata pada tengah hari Rabu bahawa khidmat kereta api antara stesen Boon Lay dan Queenstown tidak akan disediakan sekurang-kurangnya sepanjang hari ini.
Bermula 5.00 petang, SMRT menyediakan khidmat kereta api ulang-alik berasingan antara stesen Buona Vista dengan Queenstown, serta antara stesen Jurong East dengan Boon Lay.
Kereta api ulang-alik ini akan beroperasi pada jarak 10 minit.
SMRT pertama kali memaklumkan mengenai gangguan pada khidmat kereta api itu pada 9.52 pagi, dengan menyatakan "kerosakan bekalan tenaga" sebagai punca kejadian.
Ia kemudian mendedahkan isu itu disebabkan "kerosakan kereta api" sebelum membutirkan insiden itu sebagai kerosakan bekalan elektrik.
"Sekiranya anda menuju ke arah Jurong East, gunakan bas biasa atau bas ulang-alik secara percuma ke Jurong East di Boon Lay dan teruskan perjalanan anda di (Laluan Utara-Selaran) ke Outram Park melalui Woodlands," jelas SMRT.
RASA KECEWA DAN BINGUNG
Khidmat bas biasa dan ulang-alik secara percuma telahpun disediakan antara stesen Boon Lay dengan Queenstown.
Barisan panjang dilihat pada tengah hari Rabu di perhentian bas dekat stesen MRT Queenstown sedang para penumpang menunggu giliran untuk menaiki bas ulang-alik.
Seorang kakitangan juga dilihat di stesen itu sambil memberitahu penumpang supaya meninggalkan stesen itu di tengah-tengah gangguan berkenaan.
Seorang pembaca Mediacorp yang berada di stesen MRT Buona Vista pada sekitar 9.25 pagi berkata bahawa tiada khidmat kereta api disediakan dari Buona Vista menuju ke Pasir Ris.
Penumpang yang berada di dalam kereta api menghala ke Tuas Link juga diminta turun dan menaiki khidmat bas ulang-alik.
Di perhentian bas di luar stesen MRT Buona Vista, kakitangan yang memakai seragam SMRT menjawab soalan daripada penumpang dan membantu mengarahkan mereka ke bas ulang-alik percuma.
Wartawan Mediacorp di tempat kejadian pada sekitar 11.30 pagi menarik perhatian bahawa megafon digunakan untuk mengumumkan arahan perkhidmatan dan nombor bas biasa yang tiba di perhentian itu.
Terdapat tanda-tanda jelas kekecewaan sedang orang ramai cuba faham dengan jelas ke mana arah bas-bas berkenaan.
Seorang penumpang turut menghamburkan kata-kata kesat apabila dimaklumkan bas ulang-alik itu akan berhenti di Buona Vista.
Seorang lagi penumpang meninggikan suaranya terhadap seorang kakitangan SMRT apabila cuba mendapatkan arah untuk ke Raffles Place.
Seorang penumpang di stesen MRT Buona Vista, yang mahu ke tempat kerjanya di Bugis, memberitahu Mediacorp bahawa khidmat bas ulang-alik itu "mengelirukan".
Beliau menaiki bas ulang-alik percuma itu dari Jurong East ke Buona Vista, tetapi masih cuba untuk sampai ke Queenstown bagi menaiki kereta api ke arah timur.
Sedang hujan lebat turun, bas ulang-alik yang meninggalkan stesen MRT Buona Vista sesak dengan penumpang, dengan ramai yang terpaksa berdiri.
Seorang penumpang berusia 70 tahun memberitahu Mediacorp bahawa situasi itu "tidak boleh diterima sama sekali".
Lelaki itu yang menggunakan tongkat, memberitahu Mediacorp bahawa beliau "sangat berhati-hati" semasa bergerak kerana beliau mempunyai kesukaran untuk berjalan dan mengalami keadaan jantung.
Ini pertama kalinya beliau mengalami gangguan MRT sedemikian rupa.
Pengguna lain di Facebook juga menyuarakan kekecewaan mereka dengan khidmat bas ulang-alik itu.
Seorang penumpang menulis di Facebook bahawa tiada khidmat bas ulang-alik disediakan di Buona Vista selama sekitar 20 minit, manakala seorang lagi melaporkan "tiada bas ulang-alik dilihat di Jurong East".
Sebagai memberi respons, SMRT menasihati penumpang supaya menaiki bas biasa tanpa mengimbas kad kerana mereka boleh "naik secara percuma".
Bagaimanapun, seorang penumpang menulis bahawa pengendali bas tidak tahu-menahu tentang gangguan itu dan tidak memaklumkan penumpang supaya tidak mengimbas apabila menaiki bas.
Mediacorp sudah menghubungi Kementerian Pengangkutan bagi maklumat lanjut.
Insiden pada Rabu itu juga gangguan ketiga bagi perkhidmatan kereta api dalam tempoh lebih seminggu.

Sumber : CNA/IM/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.