Skip to main content

Singapura

Penumpang lori maut akibat nahas di Tuas; pemandu diberkas

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang lori maut akibat nahas di Tuas; pemandu diberkas

Tangkapan skrin Google Street Maps.

Diterbitkan : 17 Dec 2024 07:22PM Dikemas Kini : 17 Dec 2024 10:43PM
SINGAPURA: Seorang pemandu lori diberkas selepas salah seorang penumpangnya meninggal dunia akibat kemalangan di Tuas.

Nahas itu berlaku pada 9.10 pagi Ahad (15 Dis) di persimpangan antara Tuas South Avenue 12 dengan Tuas Nexus Drive.

Seorang penumpang berusia 40 tahun disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Lagi dua penumpang, berusia 26 tahun dan 29 tahun, dihantar ke hospital dalam keadaan sedar, menurut polis.

"Seorang pemandu lori lelaki berusia 41 tahun ditangkap kerana memandu dengan cuai tanpa perhatian yang sewajarnya sehingga menyebabkan kematian," dedah polis, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.

Gambar-gambar yang dikirimkan ke Mediacorp menunjukkan sekurang-kurangnya seorang pekerja terlantar di bahagian belakang lori, yang berlumuran darah.

Paramedik dilihat memberi perhatian perubatan kepada dua lelaki yang terbaring di pengusung.
Sumber : CNA/IM/at
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita