Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang lebih puas hati dengan khidmat teksi, kereta sewa privet pada 2019

Para pelanggan lebih berpuas hati dengan khidmat teksi dan kereta sewa privet pada 2019 berbanding tahun sebelumnya. Ini menurut hasil tinjauan yang dijalankan oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC) seperti diumumkan hari ini (24 Feb). 

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang lebih puas hati dengan khidmat teksi, kereta sewa privet pada 2019

Gambar fail trafik di Singapura. (Gambar: Roslan Rahman/AFP)

Diterbitkan : 24 Feb 2020 02:44PM Dikemas Kini : 24 Feb 2020 02:50PM

SINGAPURA: Para pelanggan lebih berpuas hati dengan khidmat teksi dan kereta sewa privet pada 2019 berbanding tahun sebelumnya. Ini menurut hasil tinjauan yang dijalankan oleh Majlis Pengangkutan Awam (PTC) seperti diumumkan hari ini (24 Feb).

Dalam Tinjauan Kepuasan Pelanggan Khidmat Pengangkutan Teksi dan Kereta Sewa Privet (P2P), yang dijalankan setiap tahun, khidmat P2P menerima skor kepuasan purata 8.1, naik dari 7.9 pada 2018.

Markah bagi khidmat kereta sewa privet (PHC) juga meningkat dari 7.9 kepada 9.2. Di samping itu, markah tersebut naik bagi hampir kesemua ciri-ciri perkhidmatan bagi kedua-dua khidmat teksi dan PHC.

"Keputusan tinjauan menunjukkan bahawa sepanjang dua tahun lalu, terdapat penumpuan skor kepuasan bagi kedua-dua khidmat teksi serta PHC dan kepuasan pelanggan sudah bertambah baik," menurut PTC dalam kenyataan medianya.

Para responden menyatakan harga menjadi pertimbangan utama dalam memilih PHC berbanding teksi, menurut PTC. Ia menambah bahawa PHC juga dipilih berbanding teksi kerana ia mudah ditempah menerusi aplikasi mudah alih.

Penumpang berkata sebab utama mereka akan memilih teksi adalah kerana ia dapat ditahan di tepi jalan.

Tinjauan itu dijalankan antara pertengahan Ogos hingga awal September tahun lalu bersama 1,503 pengguna khidmat teksi serta PHC, berusia 15 tahun dan ke atas.

Respons diminta menilai, dari skala 1 hingga 10, kepentingan dan kepuasan mereka dengan ciri-ciri perkhidmatan berdasarkan perjalanan terkini mereka menaiki teksi atau PHC. Skala 1 merujuk kepada "Tidak penting sama sekali/Sangat tidak berpuas hati" manakala angka 10 menggambarkan "Sangat penting/Sangat berpuas hati".

Ciri-ciri perkhidmatan utama adalah masa menunggu, kemudahan membuat tempahan, maklumat perkhidmatan, keselesaan perjalanan, pengetahuan pemandu tentang laluan jalan raya, khidmat pelanggan yang disediakan oleh pemandu, keselamatan perkhidmatan dan akses kepada perhentian teksi.

Para responden menilai keselamatan sebagai ciri perkhidmatan teksi paling penting, disusuli dengan pengetahuan pemandu mengenai laluan jalan raya dan kemudahan untuk membuat tempahan. Dalam kalangan ciri-ciri perkhidmatan PHC, keselamatan juga dinilai sebagai paling penting, dengan pengetahuan pemandu dan kemudahan membuat tempahan menjadi ciri-ciri kedua paling penting dalam perkhidmatan.

Keselamatan juga adalah ciri perkhidmatan yang mendapat kepuasan tertinggi kedua-dua pengguna teksi dan PHC, menurut tinjauan itu.  

Sumber : CNA/FZ/fz
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan