Skip to main content

Singapura

Penumpang KTMB dibawa ke hospital selepas terjatuh di landasan pusat pemeriksaan kereta api Woodlands

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang KTMB dibawa ke hospital selepas terjatuh di landasan pusat pemeriksaan kereta api Woodlands
Diterbitkan : 08 Jul 2023 07:24AM
SINGAPURA: Seorang penumpang, yang terjatuh di atas landasan di pusat pemeriksaan kereta api Woodlands di Singapura pada Rabu lalu, dihantar ke hospital berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) dalam satu kenyataan memaklumkan penumpang itu diselamatkan oleh kakitangannya serta pegawai daripada Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).

“Siasatan kami mendapati kejadian itu terjadi ketika penumpang tersebut cuba untuk turun daripada kereta api Shutle Tebrau sebelum ia berhenti sepenuhnya.

“Sebagai langkah keselamatan, kesemua penumpang perlu terus duduk sehingga kereta api berhenti sepenuhnya. KTMB kesal dengan kejadian tersebut. Keselamatan penumpang sentiasa menjadi keutamaan. Kami akan terus berusaha untuk mempertingkatkan perkhidmatan kami dan memastikan perjalanan yang selamat dan selesa untuk kesemua penumpang,” menurut kenyataan itu.

KTMB juga menasihatkan penumpang agar sentiasa mematuhi notis keselamatan yang diletakkan pada setiap pintu gelangsar kereta api dan juga stesen.

KTMB memaklumkan kereta api Shuttle Tebrau mematuhi piawai keselamatan.

Setiap gerabak dilengkapi dengan pintu yang boleh dibuka secara manual atau dikunci daripada dalam sebagai satu daripada ciri keselamatan untuk penumpang keluar dari gerabak pada waktu kecemasan.
Sumber : Bernama/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita