Penumpang kes kejar-mengejar di Canberra Street antara suspek diberkas atas kesalahan dadah
Seorang penumpang yang melarikan diri daripada tempat kejadian menyusuli insiden mengejar kereta yang berakhir di Canberra Street pada hujung minggu lalu sudahpun diberkas.
SINGAPURA: Seorang penumpang yang melarikan diri daripada tempat kejadian menyusuli insiden mengejar kereta yang berakhir di Canberra Street pada hujung minggu lalu sudahpun diberkas. Dia ditangkap bersama empat orang lain yang disyaki atas kesalahan dadah, menurut Biro Narkotik Pusat (CNB) pada Khamis (17 Sep).
Lelaki warga Singapura berusia 29 tahun itu ditangkap pada Rabu setelah CNB menjalankan siasatan meluas untuk mengenal pasti identitinya, menurut biro itu dalam kenyataan medianya.
Para pegawai CNB masuk secara paksa semasa mereka menyerbu tempat persembunyian lelaki itu di Anchorvale Road kerana "dia enggan mematuhi perintah undang-undang pegawai untuk membuka pintu".
“Sedang para pegawai bergerak masuk untuk memberkasnya, dia bergelut dengan ganas dan para pegawai terpaksa bertindak untuk menahannya," menurut CNB.
Tujuh bungkus sekitar 6 gram (g) Ice dan beberapa peralatan dadah ditemui di dalam unit tersebut.
Seorang wanita warga Singapura berusia 31 tahun juga ditangkap di tempat yang sama kerana disyaki terlibat dalam kegiatan dadah. Ketika itu, dia sedang bersama bayi yang berusia empat bulan.
Menurut CNB, siasatan awal menunjukkan wanita itu menyalahgunakan Ice semasa kehamilannya.
“Aturan sewajarnya sudahpun dilakukan bagi menjaga kebajikan bayi itu. Bayi tersebut kemudian diletakkan dengan selamat di bawah jagaan seorang saudara," tambahnya.
Pada dini hari Sabtu, para pegawai Polis Trafik yang meronda di CTE (Ekspreswe Seletar) berdekatan Ang Mo Kio Avenue 1 ternampak seorang pemandu memandu pada kelajuan yang agak perlahan di lorong paling kanan dan memberi isyarat kepadanya supaya memberhentikan kenderaan.
Pemandu itu mengabaikan isyarat tersebut lalu memecutkan keretanya, dengan polis mengejarnya.
Kereta itu kemudian terlanggar bendul jalan di Canberra Street dan merempuh sebatang pokok sebelum berhenti.
Pemandu lelaki itu diberkas kerana memandu secara berbahaya, memandu tanpa lesen memandu yang sah dan disyaki terlibat dalam kesalahan berkaitan dadah.
Penumpang dalam kereta itu, seorang lelaki berusia 29 tahun, keluar daripada kereta dan melarikan diri. Dia ditangkap empat hari kemudian.
PEMANDU YANG JEMPUT SUSPEK LARIKAN DIRI TURUT DITANGKAP
Para pegawai CNB juga memberkas seorang lelaki warga Singapura berumur 34 tahun pada Selasa di Corporation Walk kerana disyaki terlibat dalam kesalahan dadah. Lelaki berkenaan menjemput suspek yang melarikan diri itu menaiki sebuah van semasa insiden pada Sabtu.
Lagi dua orang turut diberkas - seorang lelaki warga Singapura berusia 31 tahun dan seorang wanita rakyat Singapura berumur 25 tahun - dalam satu operasi susulan pada petang Selasa di Ho Ching Road.
Para pegawai CNB menggeledar unit kediaman mereka dan menemui satu bungkusan yang mengandungi sekitar 1g Ice bersama dengan beberapa peralatan dadah yang lain.
Siasatan awal menunjukkan wanita berusia 25 tahun itu membeli bungkusan dadah Ice daripada suspek dalam insiden kejar-mengejar tersebut, sekitar dua minggu lalu.
Siasatan ke atas kegiatan dadah kesemua suspek sedang dijalankan. CNB menambah polis juga sedang menyiasat lelaki berusia 29 tahun itu bagi kesalahan trafik.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.