Penumpang kena ruam teruk digigit pijat selepas naik bas ekspres dari Taiping ke S'pura
Pada musim perayaan, pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Namun, malang tak berbau bagi seorang wanita Malaysia ini yang terkena serangan ruam dan melepuh teruk selepas menaiki bas dari Taiping ke Singapura pada 6 Feb.

(Gambar-gambar: Rich Hwang/Facebook)
MALAYSIA: Pada musim perayaan, pasti ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta. Namun, malang tak berbau bagi seorang wanita Malaysia ini yang terkena serangan ruam dan melepuh teruk selepas menaiki bas dari Taiping ke Singapura pada 6 Feb.
Ternyata, ia berpunca daripada serangan pijat yang dipercayai bersembunyi di celah-celah tempat duduk bas.
Wanita berkenaan menaiki bas Starmart ketika itu.
Laman berita World of Buzz melaporkan bahawa saudara lelakinya memberikan butiran tentang nombor pendaftaran bas dan tempat duduk wanita itu dalam satu catatan Facebook. Malah, beliau memuat naik beberapa gambar yang menunjukkan keadaan kulit penumpang terbabit.
Dalam laporan China Press, wanita tersebut dikatakan digigit pijat di 40 bahagian tubuhnya - dari bahagian leher, tangan hingga ke kaki. Kulit mukanya juga teruk digigit pijat.
Media tempatan menyatakan bahawa doktor mengesahkan ruam yang dialami wanita berkenaan disebabkan gigitan pijat.
Sebelum ini, beberapa kes serupa membabitkan syarikat sama dilaporkan. Starmart menawarkan khidmat ulang-alik dari Singapura ke Semenanjung Malaysia setiap hari.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.