Penumpang, kakitangan SMRT selamatkan wanita berkerusi roda tersangkut di platform stesen Botanic Gardens
Anggaran Waktu Membaca:
Gambar: TikTok/sakil1511
SINGAPURA: Seorang wanita diselamatkan oleh penumpang dan kakitangan SMRT selepas kerusi rodanya tersangkut di celah platform stesen MRT Botanic Gardens pada Isnin (2 Jan).
Dalam video yang tular di media sosial, kira-kira 7 individu terlihat menahan pintu kereta api atau cuba melepaskan pengguna berkerusi roda itu. Selepas wanita tersebut dibebaskan, seorang penumpang lain kemudian menolak kerusi roda beliau ke dalam kereta api.
Ketua Laluan Circle (CCL)SMRT Ng Chan Cheok memberitahu Mediacorp pada Jumaat bahawa seorang penumpang mengaktifkan butang Komunikasi Kecemasan Penumpang di stesen MRT Botanic Gardens di Laluan Circle pada Isnin, kira-kira jam 4.40 petang.
"Kakitangan kami segera menyahut panggilan untuk membantu penumpang itu yang roda hadapan kerusi rodanya tersepit di celah kereta api dan platform," kata Encik Ng.
"Kakitangan kami, dibantu oleh penumpang lain, membebaskan roda dan membantu pengguna kerusi roda itu untuk menaiki kereta api dengan selamat. Selepas wanita itu memberitahu bahawa dia baik-baik saja, perkhidmatan kereta api disambung semula."
Encik Ng mengucapkan terima kasih kepada penumpang yang membantu pengguna kerusi roda itu.
"Ia amat menyentuh hati melihat contoh cemerlang melalui sikap ambil berat yang ditunjukkan dalam masyarakat kita," katanya, sambil menambah bahawa SMRT menggalakkan mereka yang mempunyai keperluaan pergerakan khas agar meminta bantuan daripada kakitangannya untuk naik dan turun dari kereta api.

Sumber : CNA/HY/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.