Skip to main content

Singapura

Penumpang harus bersiap sedia mengharungi masa perjalanan lebih panjang di Tuas West Extension

Para penumpang yang bekerja di kawasan dekat dengan stesen-stesen Tuas West Extension mendapati bahawa perjalanan mereka akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit lebih panjang dalam masa beberapa minggu akan datang.

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang harus bersiap sedia mengharungi masa perjalanan lebih panjang di Tuas West Extension

Gambar: KOH MUI FONG/TODAY

Diterbitkan : 20 Nov 2017 02:00PM Dikemas Kini : 20 Nov 2017 02:05PM

SINGAPURA: Para penumpang yang bekerja di kawasan dekat dengan stesen-stesen Tuas West Extension mendapati bahawa perjalanan mereka akan mengambil masa sekurang-kurangnya 15 minit lebih panjang dalam masa beberapa minggu akan datang.

Menyusuli pertembungan kereta api yang berlaku di stesen Joo Koon pada minggu lalu, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) menyatakan bahawa khidmat kereta api antara Joo Koon dengan Gul Circle digantung sehingga sebulan bagi menjalankan kerja-kerja pemeriksaan.

Kemalangan yang berlaku pada 15 November lalu menyebabkan seramai 38 orang cedera.

Ini bermakna para penumpang di Laluan Timur-Barat yang ingin ke keempat-empat stesen di bahagian barat laluan itu - iaitu Gul Circle, Tuas Crescent, Tuas West Road dan Tuas Link, harus turun di Joo Koon untuk menaiki bas percuma sebelum menyambung perjalanan mereka dari Gul Circle.

Secara purata perjalanan bas tersebut dianggarkan mengambil masa selama 15 minit. Para penumpang tidak perlu membuat bayaran tambahan apabila mereka keluar dari Joo Koon dan menyambung perjalanan mereka dengan menaiki kereta api di Gul Circle.

Para penumpang memberitahu Mediacorp bahawa mereka kecewa dengan ketidakselesaan ini meskipun bas ulang-alik antara kedua-dua stesen MRT itu berlepas setiap seminit.

Eksekutifi kewangan, Jerrina Tang, 53 tahun, berkata bahawa ramai orang "berebut-rebut turun dari kereta api" untuk berpindah ke Gul Circle dengan menaiki bas. Beliau "khuatir ia akan menjadi lebih sesak".

Menurut Cik Tang, menyediakan khidmat bas ulang-alik dari Joo Koon ke stesen-stesen MRT di Tuas West Extension sepanjang bulan ini akan memudahkan perjalanan para penumpang.

Seorang jurutera sivil, yang hanya ingin dikenali sebagai Encik Thiru, 34 tahun, pula berkata bahawa majikannya memberi beliau 15 minit tambahan untuk ke tempat kerja. Beliau tinggal di Woodlands dan harus tiba di stesen MRT Tuas West Road sebelum 8.50 pagi.

Sementara itu, Cik Yati, 50 tahun, seorang pembersih yang bekerja di Tuas West turut menyuarakan keprihatinannya terhadap kesesakan ini yang menyebabkan ramai orang berebut-rebut menaiki bas pada sebelah petang.

"Ini menyusahkani kami... Saya rasa SMRT dilanda nasib malang tahun ini," katanya sambil melahirkan harapan agar "keadaan kembali seperti biasa secepat mungkin."

 

Sumber : Today/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita