Penumpang Grab tanggung 20% liabiliti atas kecederaannya kerana tidak pakai tali pinggang keledar
Seorang penumpang dalam kereta sewa Grab menyaman pemandunya berhubung kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan pada 2021, apabila pemandu itu melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kenderaan lain.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Seorang penumpang dalam kereta sewa Grab menyaman pemandunya berhubung kecederaan yang dialaminya dalam kemalangan pada 2021, apabila pemandu itu melanggar lampu isyarat merah dan merempuh sebuah kenderaan lain.
Namun, semasa peringkat pertama perbicaraan bagi menentukan liabiliti, hakim mendapati penumpang tersebut menanggung 20 peratus kesalahan atas kecederaannya kerana gagal memakai tali pinggang keledar, yang disifatkan sebagai “langkah berjaga-jaga paling asas untuk memastikan keselamatan diri di jalan raya”.
Encik Baek berada di tempat duduk penumpang di bahagian belakang kereta milik Encik John Susaretnam pada pukul 8.00 malam pada 12 Mei 2021.
Encik John melanggar lampu isyarat merah dan bertembung dengan sebuah kenderaan lain di persimpangan Anson Road dan Maxwell Road.
Encik Baek mengalami kecederaan yang tidak dinyatakan dalam kemalangan tersebut dan menyaman Encik John, sambil memohon keputusan agar dirinya tidak menyumbang sebarang kecuaian, manakala pemandu itu bertanggungjawab sepenuhnya, iaitu 100 peratus, ke atas kemalangan dan kecederaan tersebut.
Encik Baek, yang diwakili peguam Winston Low daripada Winston Low and Partners, berkata dalam afidavitnya bahawa Encik John memandu pergi sebelum memberinya peluang untuk memakai tali pinggang keledar.
Beliau menulis bahawa ia mengambil masa kurang dari satu minit bagi Encik John untuk memandu dari lokasi mengambil penumpang itu ke tempat di mana berlakunya kemalangan, sambil berkata bahawa masa tidak mencukupi untuk beliau memasang tali pinggang keledar.
Namun, hakim berkata kegagalan Encik Baek untuk memakai tali pinggang keledar merupakan penyumbang kepada kecuaian kerana pada ketika itu beliau sudah gagal untuk mengambil langkah yang munasabah untuk menjaga keselamatan dirinya sendiri.
Hakim mendapati kegagalan Encik Baek untuk memakai tali pinggang keledar membawa kepada “tahap kesalahan moral” tertentu.
Hakim itu berkata bahawa Encik Baek perlu menanggung 20 peratus daripada kesalahan atas kecederaannya tanpa mengira sama ada Encik John menjalankan kewajipannya sebagai pemandu untuk memastikan penumpangnya memakai tali pinggang keledar.
Sebagai kesimpulan, hakim mendapati Encik John memikul tanggungjawab yang lebih besar atas kecederaan Encik Baek.
Pemandu itu dianggap “lebih bersalah dari segi moral” kerana melanggar lampu isyarat merah dan gagal memberi laluan kepada kenderaan yang bergerak lurus dari arah kanannya, katanya.
Jumlah ganti rugi akan ditentukan pada tarikh lain.

Sumber : CNA/AZ/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.