Penumpang dibawa keluar dari penerbangan SIA dek tingkah laku tidak terkawal
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TikTok/simplyhappy777)
SINGAPURA: Seorang penumpang "tidak terkawal" yang membuat beberapa permintaan untuk mendapatkan minuman keras semasa dalam penerbangan Singapore Airlines (SIA) dari Bangkok ke Singapura pada Selasa (8 Nov) diserahkan kepada polis tambahan sebaik tiba di Lapangan Terbang Changi.
Satu rakaman kejadian yang menunjukkan lelaki itu berulang kali menggunakan kata-kata kesat terhadap seorang krew kabin tular di TikTok.
Menjawab pertanyaan Mediacorp pada Rabu (9 Nov), SIA menyatakan penumpang lelaki itu berkelakuan tidak terkawal semasa pengagihan makanan dalam penerbangan SQ711.
"Selepas beberapa permintaan bagi minuman keras, anak kapal kami memantau keadaan dan dengan sopan penolak permintaan itu demi memastikan keselamatan penumpang lain," menurut SIA.
Penumpang itu tidak mengendahkan arahan keselamatan daripada anak kapal dan menyebabkan "gangguan dan kesulitan kepada penumpang lain di dalam pesawat".
Dia kemudian diserahkan kepada polis tambahan sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang Changi.
SIA menyatakan bahawa keselamatan penumpang dan kakitangan mereka kekal menjadi keutamaannya.
SIA memohon maaf kepada semua penuumpang dalam penerbangan itu "atas kesulitan yang disebabkan oleh kejadian".
Dalam video 90 saat yang dikongsikan oleh pengguna TikTok @simplyhappy777, seorang lelaki sedang bersemuka dengan seorang anak kapal lelaki.
Penumpang yang memakai jaket dan topi hitam itu kelihatan sedang meninggikan suaranya dan meminta air daripada anak kapal berkenaan.
Dia juga kelihatan seperti mengejek anak kapal itu yang sedang mencuba untuk menenangkannya.
Dua lelaki tersebut berdiri di tengah lorong manakala penumpang lain sedang duduk.
Pengguna TikTok simplyhappy777 berkata insiden itu berlaku selepas pesawat mendarat di Terminal 2 dan tanda tali pinggang keledar masih menyala.
Sejurus kemudian, dua polis tambahan dilihat dalam video berkenaan dan membawa keluar lelaki itu.

Sumber : Today/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.