Penumpang di Lapangan Terbang Changi kecewa terjejas gangguan siber global
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Barisan beratur panjang dan penumpang yang kecewa kelihatan di Lapangan Terbang Changi pada Jumaat (19 Jul) setelah gangguan khidmat siber menjejas beberapa penerbangan, perbankan dan operasi syarikat di beberapa negara termasuk Singapura, Amerika Syarikat, United Kingdom, India dan Australia.
Apabila Mediacorp tiba di Terminal 1 Lapangan Terbang Changi, barisan beratur yang panjang kelihatan di dewan pelepasan penumpang.
Duta perkhidmatan Lapangan terbang Changi berada di lokasi untuk memberikan snek dan botol air minuman buat pelancong yang sedang beratur untuk mendaftar masuk bagi penerbangan Scoot mereka.

Secara berkala, pengumuman dibuat menerusi interkom yang berbunyi: “Kami sedang mengalami gangguan dalam sistem daftar masuk Scoot. Kami sedang mencuba sedaya upaya untuk memulihkan sistem secepat mungkin. Kami memohon maaf atas kesulitan ini.”
Dalam satu catatan Facebook, Lapangan Terbang Changi menyatakan bahawa proses pendaftaran masuk bagi sebilangan penerbangan diuruskan secara manual.
"Disebabkan gangguan global yang menjejas sistem siber beberapa organisasi, proses pendaftaran masuk bagi sebilangan penerbangan di Lapangan Terbang Changi diuruskan secara manual.
"Kakitangan darat Lapangan Terbang Changi memberikan bantuan kepada penumpang, terutama sekali bagi mereka yang bakal berlepas tidak lama lagi," menurutnya, sambil memohon maaf atas kesulitan itu.
Scoot bukanlah satu-satunya syarikat penerbangan yang terjejas.
Pemeriksaan Mediacorp menunjukkan bahawa sistem daftar masuk bagi AirAsia, Jetstar dan Cebu Pacific di Terminal 4 turut terjejas.
PENUMPANG MAKIN MARAH
Semakin panjang barisan beratur di sana, semakin kemarahan dan kekecewaan penumpang dapat dilihat.
Seorang penumpang Scoot Tang Runxin, yang mempunyai penerbangan yang dijadualkan berangkat pada jam 4.30 petang ke Hangzhou, berkata beliau bimbang akan terlepas pesawatnya itu.
"Mereka meminta saya tunggu dan mungkin seseorang akan memberi saya arahan," kata Encik Tang, yang sudah beratur lebih sejam apabila ditemui Mediacorp pada 3.45 petang.
"Mereka berkata saya akan menaiki penerbangan saya tepat pada masanya tetapi saya tidak tahu jika saya boleh berbuat demikian," kata warganegara China itu.

Seorang lagi penumpang Nicole Lin, yang mempunyai penerbangan ke KL yang dijadual berlepas pada jam 5.00 petang, berkata beliau membaca berita mengenai gangguan itu dalam perjalanan ke lapangan terbang.
Namun, beliau tidak begitu bimbang kerana penerbangannya dijadualkan dalam masa beberapa jam lagi.
"Saya tidak terlalu tertekan pada waktu itu kerana saya sudah mendaftar masuk online jadi saya cuma perlu mendapatkan pas masuk dan tag bagasi," kata wanita berusia 27 tahun itu.
"Tetapi saya rasa kita perlu tunggu dan lihat kerana barisan bergerak dengan agak perlahan." tambahnya.

Kemarahan turut memuncak apabila beberapa penumpang menyedari mereka terlepas penerbangan.
Mediacorp juga ternampak beberapa penumpang yang tidak berpuas hati dan bertengkar dengan seorang kakitangan di kaunter pengurusan penerbangan Scoot. Salah seorang penumpang kedengaran menjerit: "Saya sudah tunggu dua jam".
Penumpang yang sama yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Tan kemudian memberitahu Mediacorp bahawa beliau terlepas pesawatnya, walaupun kakitangan lapangan terbang memberi jaminan bahawa pesawat itu tidak akan berlepas tanpanya.
Cik Tan, yang sepatutnya berlepas dari Singapura ke Ipoh pada pukul 3.25 petang, berkata beliau tiba di lapangan terbang sebelum pukul 2.00 petang dan berulang kali diberitahu oleh kakitangan untuk menunggu dalam barisan.

“Mereka memberitahu kami untuk terus menunggu tetapi kemudian pesawat itu berlepas. Ia terbang tanpa kita, ia meninggalkan kita,” kata Cik Tan.
"Mereka memberitahu kami bahawa penerbangan paling awal adalah esok dan ia adalah ke Kuala Lumpur, bermakna kami perlu memandu ke Ipoh dari sana."
“(Kakitangan di kaunter pengurusan penerbangan Scoot) terus berkata ‘ini bukan salah kami, ini bukan salah kami. Tiada siapa yang mahukan ini’,” tambahnya.
"Dia berkata 'itu sahaja yang boleh kami lakukan. Cukuplah. Kami cuba membantu. Jangan ganggu," katanya.
“Ia sangat mengecewakan. Ia seperti mimpi ngeri.”

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.