Penumpang dakwa pemandu Tada tuntut S$100 untuk 'jaga' komputer ribanya
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Facebook/Juliet Isabella)
SINGAPURA: Seorang penumpang platform khidmat sewa kereta privet, Tada membuat laporan polis terhadap pemandunya, mendakwa dia meminta wang apabila diminta dikembalikan komputer ribanya.
Dalam satu catatan di Facebook, Juliet Isabella berkata beliau tertinggal komputer ribanya ketika turun di destinasinya. Beliau menaiki kereta tersebut sekitar jam 4.00 petang pada Isnin (22 Mei) dari Sekolah Menengah Perempuan Methodist Paya Lebar ke Sekolah Ai Tong.
Cik Isabella, seorang jurulatih berusia 30-an tahun, berkata beliau segera menghubungi pemandu tersebut, Abdul Hamid A Razik. Beliau mendakwa lelaki itu meminta bayaran kerana membantu "menjaga" komputer ribanya dan masa yang dihabiskan melakukan demikian.
Menurutnya, beliau kemudian menawarkan untuk bertemu Encik Abdul di tempat berdekatan dan menawarkannya S$10 sebagai tanda terima kasih. Bagaimanapun lelaki tersebut dikatakan menolak jumlah tersebut sebagai "sangat sedikit".
"Dia memberi saya nombor telefon bimbitnya untuk menghubunginya selepas dia memutuskan berapa banyak saya patut membayarnya.
"Itukan peras ugut dan komputer riba saya jadi tebusan!", tulis Cik Isabella dalam catatan Facebook yang sudah dikongsi lebih 480 kali.
Beliau kemudiannya menelefon pemandu itu sebanyak dua kali, dan diberitahu harus membayar S$100 untuk mengambil komputer ribanya.
Dalam perbualan terakhir mereka, beliau berkata pemandu itu bersetuju menerima S$50 sebagai "bayaran melindungi komputer riba".
Cik Isabella berkata beliau menghubungi Tada Singapura untuk mendapatkan bantuan dan dinasihatkan oleh pakar Tada untuk membuat laporan polis.
Menurut kenyataan Tada, Cik Isabella menghubungi mereka pada 22 Mei sekitar 4.30 petang. Firma itu kemudian menghubungi pemandu terbabit, yang memulangkan komputer riba berkenaan di pos polis pada hari yang sama kira-kira 9.00 malam.
Cik Isabella membuat laporan polis pada 10.30malam itu.
Tada menekankan bahawa pemandu dinasihatkan supaya memulangkan barang yang tertinggal ke "pos polis terdekat, Stesen Tada di Midview City, atau langsung kepada penumpang jika boleh atau apabila dipersetujui."
Apabila Mediacorp menghubungi Encik Abdul, pemandu itu mendakwa dia juga sudah membuat laporan polis namun enggan mengulas lanjut.

Sumber : Today/HY/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.