Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Penumpang bas boleh guna kod QR di Woodlands, Tuas mulai hujung Nov ini

Para pelawat yang melintasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas dengan menaiki bas tidak lama lagi akan dapat menjalani pelepasan imigresen menggunakan kod QR, sebagai sebahagian daripada projek perintis yang bermula pada 23 Nov, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (21 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Penumpang bas boleh guna kod QR di Woodlands, Tuas mulai hujung Nov ini

(Gambar: Facebook/ICA)

Diterbitkan : 21 Nov 2024 01:37PM Dikemas Kini : 21 Nov 2024 03:30PM
SINGAPURA: Para pelawat yang melintasi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas dengan menaiki bas tidak lama lagi akan dapat menjalani pelepasan imigresen menggunakan kod QR, sebagai sebahagian daripada projek perintis yang bermula pada 23 Nov, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Khamis (21 Nov).

Projek perintis itu akan dilancarkan terlebih dahulu di Pusat Pemeriksaan Tuas pada 23 Nov, yang kemudian akan diikuti Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 28 Nov.

Ia akan dijalankan di lorong-lorong automatik terpilih dan lorong-lorong bantuan khas di dewan ketibaan dan keberangkatan bas di kedua-dua Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas, kata ICA dalam catatan Facebooknya.

Papan tanda akan dipasang di dewan-dewan bas untuk menunjukkan lorong-lorong yang akan diuji, dan para pegawai ICA akan ditugaskan untuk memberikan bantuan, kata pihak berkuasa.

Projek perintis itu dibuka kepada warga Singapura, Penduduk Tetap (PR), pemegang pas jangka panjang dan pelawat asing yang pernah melawat sebelum ini.

"Para pelawat menaiki bas yang layak digalakkan untuk mengambil bahagian untuk membantu ICA memperkemaskan proses kami untuk pengalaman yang lebih baik bagi pelepasan imigresen menggunakan kod QR di dewan-dewan bas," kata ICA.

Penggunaan kod QR untuk pelepasan imigresen telah diperkenalkan secara berperingkat tahun ini.

Ia mula dilaksanakan untuk para pelawat yang mengenderai kereta pada 19 Mac, sebelum ia diperluaskan kepada pemandu bas pada 15 Apr. Penumpang bas masih perlu turun dan mengimbas secara fizikal pasport mereka dan menjalani pelepasan imigresen, sebelum menaiki bas semula.

Sistem itu akan diperluaskan secara berperingkat ke zon-zon lain, seperti motosikal dan lori, menjelang hujung tahun ini, menurut seorang pegawai ICA kepada Mediacorp pada Julai lalu.

Pasport fizikal masih diperlukan untuk melintasi pusat pemeriksaan Malaysia.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan