Penumpang 54 tahun cedera selepas bas dua tingkat rempuh pokok di Bishan
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: TikTok/fullofluppish)
SINGAPURA: Seorang penumpang lelaki berusia 54 tahun cedera selepas bas dua tingkat merempuh dahan pokok yang terjuntai.
Kemalangan tersebut berlaku di Bishan Street 22 pada Rabu malam (22 Nov).
Khidmat bas 88 itu sedang dalam perjalanan di Bishan Street 22 ketika ia merempuh dahan pokok, sehingga menyebabkan kerosakan pada bus tersebut, terutama bahagian tingkat kedua bas.
Demikian menurut jurucakap SBS Transit, Cik Grace Wu.
Menjawab soalan Mediacorp, Pasukan Polis Singapura (SPF) dan Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) menyatakan bahawa pihaknya dimaklumkan tentang kemalangan tersebut di Bishan Street 22, yang menghala ke Bishan Street 24, sekitar pukul 10.30 malam.
Polis menyatakan siasatan sedang dijalankan dan seorang pemandu 55 tahun sedang membantu siasatan.
Penumpang yang cedera itu dihantar ke Hospital Tan Tock Seng (TTSH) dalam keadaan sedarkan diri, menurut jurucakap SCDF.

Cik Wu berkata penumpang tersebut sudah dibenarkan pulang dan pihaknya sedang berhubung dengan beliau untuk "mengambil berat serta memberi bantuan sebaik mungkin".
"Kami ingin memohon maaf kepada penumpang itu atas kesulitan yang berlaku. Pada masa yang sama, kami sedang menyiasat punca kemalangan itu," tambah Cik Wu.

Sumber : Today/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.