Penulis blog Leong Sze Hian dikenakan arahan POFMA atas kenyataan palsu, mengelirukan tentang geran perumahan
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Penulis blog Leong Sze Hian juga dikenakan Arahan Pembetulan di bawah Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi dalam Talian (POFMA) pada Isnin (26 Ogos), susuli catatan di Facebooknya mengenai geran perumahan.
Minggu lalu, Leong mendakwa tiada ujian kemampuan pendapatan dilakukan bagi pengagihan geran HDB kepada pembeli kali pertama flat jualan semula yang layak.
Kementerian Pembangunan Negara (MND) menyangkal dakwaan itu.
Geran flat jualan semula HDB bagi pembeli kali pertama meliputi Geran Perumahan CPF yang Dipertingkatkan, Geran Perumahan CPF dan Geran Perumahan Berhampiran.
Kedua-dua Geran Perumahan CPF yang Dipertingkatkan (EHG) dan Geran Perumahan CPF (HG) adalah berdasarkan ujian kemampuan.
Menurut MND, geran-geran perumahan HDB menyediakan sokongan langsung serta disasarkan bagi pembeli flat kali pertama agar mereka mampu membelinya.
Lebih banyak sokongan diberikan untuk isi rumah berpendapatan rendah hingga pertengahan.
Baru-baru ini, Geran Perumahan CPF yang Dipertingkatkan (EHG) dinaikkan kepada S$120,000 kepada keluarga pembeli kali pertama.
Bagi Geran Perumahan CPF (HG) pula, hanya pembeli rumah flat jualan semua pertama kali dengan pendapatan isi rumah bulanan tidak melebihi S$14,000 layak menerima geran.
Mereka boleh menerima S$80,000 jika mereka membeli flat jualan semula 2 hingga 4 bilik, atau S$50,000 jika membeli flat jualan semula 5 bilik atau lebih besar.

Encik Leong dikehendaki untuk meletakkan notis yang menyatakan bahawa catatan Facebooknya mengandungi kenyataan palsu, serta pautan kepada penjelasan pemerintah.
Pemeriksaan oleh Mediacorp mendapati dia sudah meletakkan notis pembetulan di catatannya pada Isnin, pukul 2.15 petang.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.