Skip to main content

Singapura

Penubuhan SCIS tidak akan jejas bantuan zakat, sokongan kepada masjid dan madrasah: Zaqy

Anggaran Waktu Membaca:
Penubuhan SCIS tidak akan jejas bantuan zakat, sokongan kepada masjid dan madrasah: Zaqy

Encik Zaqy Mohamad bertemu pemimpin masjid, pertubuhan masyarakat Islam, peguam dan wakil sektor agama bagi mendapatkan pandangan mengenai cadangan pindaan AMLA. (Gambar fail: Zaqy Mohamad/Facebok)

Diterbitkan : 03 Nov 2026 06:37PM Dikemas Kini : 03 Nov 2026 08:05PM
Establishment of SCIS will not affect zakat assistance or support for mosques and madrasahs: Zaqy Mohamad
  • Zaqy Mohamad assured Parliament on Nov 3 that the AMLA amendment for SCIS would not reduce zakat assistance or support for mosques and madrasahs.
  • The amendment allows MUIS to use MBMF, zakat and waqf funds for the college’s religious component, while the Government bears most of the costs of the social sciences modules and campus infrastructure.
  • Announced in 2024 and expected to receive students in 2028, SCIS aims to produce asatizah through programmes that can award degrees, diplomas and certificates; the college also needs to secure sustainable additional funding.
Dijana oleh AI
SINGAPURA: Penubuhan Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS) tidak akan menjejas bantuan zakat atau sokongan sedia ada kepada masjid dan madrasah.

Demikian jaminan yang diberi Pemangku Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Zaqy Mohamad semasa membentangkan Rang Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam (Pindaan) bagi bacaan kali kedua di Parlimen pada Selasa (3 Nov).

Pindaan kepada Rang Undang-Undang Pentadbiran Hukum Islam (AMLA) itu antaranya akan membolehkan dana masyarakat yang dikelola Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) digunakan bagi membiayai komponen agama Kolej Pengajian Islam Singapura (SCIS).

Ini termasuk Dana Pembangunan Masjid dan MENDAKI (MBMF), zakat serta wakaf.

Sebahagian besar kos komponen bukan agama termasuk modul sains sosial dan prasarana kampus pula akan dibiayai pemerintah.
Encik Zaqy sedia maklum bahawa dana masyarakat turut digunakan untuk menyokong masjid, pendidikan agama dan keluarga yang memerlukan bantuan.

"Kita mesti terus menguruskan sumber dana ini dengan cermat. Penubuhan SCIS tidak seharusnya mengurangkan tanggungjawab kita untuk memenuhi keperluan masyarakat yang lain," katanya.

"Penubuhan SCIS tidak akan menjejas sokongan kepada masjid, madrasah dan penerima bantuan zakat," tambah beliau.

Bagi memastikan keperluan masyarakat yang lain terus terjaga, Encik Zaqy menekankan bahawa SCIS juga perlu mencari sumber pembiayaan tambahan.

"SCIS tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada dana masyarakat. Kolej itu juga perlu mencari sumber pembiayaan lain yang mampan, termasuk menerusi usaha mengumpul dana, bagi menyokong pembangunan jangka panjangnya," jelasnya.

SCIS, yang diumumkan pada 2024, merupakan kolej pengajian tinggi Islam pertama di Singapura yang bertujuan melahirkan generasi baharu asatizah.

Kolej itu dijangka menerima pelajar pertamanya pada 2028, dengan pindaan AMLA membolehkannya menganugerahkan ijazah, diploma dan sijil dalam pengajian Islam.

"Harapan saya, SCIS akan berkembang menjadi institusi yang berakar kukuh dalam tradisi keilmuan Islam, berteraskan pada realiti masyarakat, dan mampu menyumbang kepada perkembangan ilmu Islam di persada dunia," kata Encik Zaqy.
Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita